Tuesday, June 25, 2024
HomeBERITA SEMASAMichael Emenalo Meletakkan Jawatan Sebagai Pengarah Teknikal Chelsea

Michael Emenalo Meletakkan Jawatan Sebagai Pengarah Teknikal Chelsea

Kelab Chelsea telah mengesahkan yang Michael Emenalo telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Teknikal kelab.

Beliau yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang penasihat kepada pemilik kelab, Roman Abramovich yang paling dipercayai. Telah berkhidmat selama 10 tahun kepada kelab di dalam mencari pemain berbakat dan menguruskan bahagian teknikal pasukan.

Di dalam satu kenyataan die laman rasmi Chelsea, Emenalo berkata :

 “INI merupakan satu keputusan yang sangat berat yang terpaksa dilakukan. tetapi saya percaya ini yang terbaik untuk saya,keluarga dan kelab.

“saya telah bekerja bersama dengan beberapa orang yang berbakat di dalam bidang sukan ini selama 10 tahun ini, dan saya akan mengundurkan diri dengan penuh rasa bangga bersama kejayaan yang kita telah kecapi. saya ucapkan selamat maju jaya kepada chelsea dan berharap kejayaan akan datang berterusan dan saya akan melihatnya dari sini.”

 

Di dalam pemergian Emenalo, Conte berkata : “Saya amat sedih melihat Michael pergi meninggalkan Chelsea, dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak untuk semua pertolongan dan sokongan semenjak saya tiba di kelab ini. Saya gembira bekerja bersama nya, meraikan kemengan Liga Perdana pada bulan Mei yang lepas dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada nya di masa akan datang.”

Walaupun beliau banyak mendapat kritikan, tetapi beliau masih mampu membawa pemain berkelas dunia seperti Eden Hazard, Cesar Azpilicueta, Thibaut Courtois dan N’Golo Kante. Beliau juga telah membuatkan Akademi Chelsea sebagai antara yang terbaik dan terbanyak menghasilkan produk ke Eropah dan bola sepak Inggeris.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments