Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPreviu: Piala Dunia Kelab FIFA 2017

Previu: Piala Dunia Kelab FIFA 2017

Benua Asia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab FIFA untuk tahun ketiga berturut-turut apabila ianya akan dilangsungkan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula Rabu akan datang.

Piala Dunia Kelab FIFA ini akan mempertemukan pasukan-pasukan kelab yang menjadi juara di benua masing-masing. Kelab-kelab yang akan bertanding adalah seperti berikut

FIFA Club World Cup Team

Juara Liga Pro UAE Al-Jazira akan memulakan pertandingan apabila dijadualkan bertemu Juara Oceania dari New Zealand, Auckland City di Stadium Hazza bin Yazed.

Kejohanan edisi 2017 ini akan berakhir 10 hari kemudian di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi yang pernah menjadi hos Piala Asia 1996 dan juga akan menjadi pentas perlawanan akhir Piala Asia 2019.

Selain daripada Al Jazira, benua Asia juga diwakili oleh juara Liga Juara-Juara AFC Urawa Red Diamonds dari Jepun yang akan menanti pemenang antara Al Jazira dan Auckland City sebagai lawan diperingkat suku akhir.

Urawa Champion ACL 2

Wakil dari Brazil, Gremio menjadi pasukan terakhir yang menempah tempat ke UAE selepas memenangi Copa Libertadores 2017 pada Rabu lalu, manakala wakil dari Mexico Pachuca dan Wydad Casablanca dari Maghribi masing memenangi kejuaraan di CONCACAF dan Africa.

Pasukan yang menjadi tumpuan pastinya juara Eropah, Real Madrid dari Sepanyol yang akan tiba ke Abu Dhabi dengan harapan mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang mempertahankan kejuaraan setelah memenanginya tahun lalu.

Sekiranya Real mampu mempertahankan kejuaraan, ini bermakna Trofi kejuaraan tersebut akan kekal di Sepanyol untuk tahun ke-4 berturut-turut selelah Real memenanginya pada tahun 2014 dan 2016 manakala musuh mereka di dalam saingan La Liga memenanginya pada tahun 2015.

Real Madrid Champion FWCC 2016

Wakil dari Asia telah memenangi pingat 6 kali daripada 13 edisi kejohanan ini semenjak ia dipertandingkan. Urawa menjadi pasukan pertama dari Asia menaiki podium pada tahun 2007 berikutan juara Liga Juara-Juara Asia berjaya menempakan diri di peringkat separuh akhir dan akhirnya memenangi pingat gangsa.

Untuk mencari inspirasi, Urawa dan Al Jazira tidak perlu memandang jauh ke belakang kerana pada edisi lalu wakil dari Jepun Kashima Antlers layak ke peringkat akhir dan memaksa Real Madrid sehingga masa tambahan sebelum akhirnya tewas 2-4 untuk menjadi pasukan pertama dari Asia yang sampai ke perlawanan akhir.

Penyertaan pasukan dari Asia tidak terhad kepada 2 pasukan sahaja. Pemain antarabangsa Jepun Keisuke Honda menjadi pemain utama Pachucha manakala Takuya Iwata bermain untuk Auckland City bersama pemain Korea Kim Dae Wook.

Untuk kali ke-11 daripada 14 edisi kejohanan ini di langsungkan di Asia, ianya pasti menjanjikan permainan yang baik dengan harapan ada sinar harapan buat pemain-pemain dan pasukan dari Asia.

Berikut adalah jadual perlawanan:

FIFA Club World Cup Team table

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments