Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKUrawa Red Diamonds Dinobatkan Juara AFC Champion League (ACL) 2017

Urawa Red Diamonds Dinobatkan Juara AFC Champion League (ACL) 2017

Urawa Red Diamonds berjaya merangkul gelaran Liga Juara-Juara AFC buat kali kedua pada hari Sabtu selepas menewaskan Al-Hilal 1-0 untuk memastikan kemenangan dengan agregat 2-1.

Rafael Silva muncul sebagai wira Reds apabila menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turut. Jaringannya pada minit ke-88 sudah cukup untuk memberi gelaran juara kepada pasukan dari Jepun Itu.

Dengan kemenangan tersebut, Urawa menjadi pasukan dari Jepun yang pertama berjaya menjadi juara Asia sebanyak dua kali. Mereka berjaya mengulangi kejayaan yang pernah mereka kecapi 10 tahun lalu.

Urawa Champion ACL

Urawa Red Diamonds yang turun dalam perlawanan ini tidak diberikan harapan yang ringgi berikutan persembahan kutrang meyakinkan pada perlawanan pertama yang berkesudahan seri 1-1 di Riyadh, Arab Saudi. Walaupun mereka tampil sebagai pasukan “under dogs” , namun mereka tidak mengambil masa lama untuk menunjukkan bahawa mereka masih mahu kemenangan.

Urawa dilihat memberi tekanan kepada pasukan pelawat sejak wisel pertama ditiupkan. Urawa mempunyai peluang pada minit-minit awal permainan apabila “clearance” yang lemah dilakukan Mohammed Jahfali dapat kepada Kazuki Nagasawa. Walaubagaimanapun percubaan Nagasawa ke arah gawang tersasar.

Nagasawa yang kali ini bermain di posisi lebih hadapan daripada kebiasaanya, masih perlu melakukan tugas bertahan dari barisan hadapan. Beliau mempunyai satu lagi peluang setelah mencuri bola daripada kaki Salman Al-Faraj. Walaubagaimanapun sepakannya tepat kepada penjaga gawang Al-Hilal, Abdullah Al-Mayouf.

Al Hilal dilihat mengambil masa untuk menemui rentak mereka. Kekurangan jelas kelihatan buat Al-Hilal kerana mereka kehilangan bisa dalam melakukan serangan yang biasanya dihasilkan oleh Carlos Eduardo yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Salem Al-Dawsari dilihat berusaha sedaya upaya untuk mengancam gawang Urawa pada minit ke-25. Salim dengan bijak melepasi Tomoya Ugajin sebelum melepaskan rembatan kencang namun melewati palang.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, peluang terbaik hadir buat Al-Hilal apabila Omar Kharbin mengawal bola dengan baik sebelum melorongkannya kepada Nicolas Milesi yang akhirnya melepaskan rembatan namun tersasar.

Urawa Red vs Al Hilal 2

Seperti yang mereka lakukan pada perlawanan pertama, Urawa terus menunjukkan organisasi yang sangat baik dan menyukarkan Al-Hilal untuk melakukan serangan. Al-Hilal perlu melakukan sesuatu yang istemewa untuk memecah pertahanan Urawa pada babak kedua.

Namun sebaliknya berlaku, Urawa kelihatan lebih berbahaya. Walaubagaimanapun Al-Mayouf melakukan tindakan cemerlang untuk mengekalkan pasukannya dalam saingan apabila menunjukkan refleks yang baik untuk menghalang tandukan kencang Shinzo Koroki dan bangkit untuk menafikan sepakan susulan Silva pada minit ke-73.

Harapan Al-Hilal semakin pudar untuk memenangi perlawanan apabila Al-Dawsari dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari Wataru Endo dan menyebabkan Al-Hilal terpaksa bermain dengan 10 orang dalam masa 12 minit sebelum tamat perlawanan.

Kelebihan pemain yand dipunyai Urawa memperlihatkan mereka lebih bersemangat untuk memenangi baki minit perlawanan dengan menjaringkan gol. Akhirnya mereka berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit ke-88 selepas Silva melepasi kawalan Osama Hawsawi untuk menerima lorongan Yuki Moto sebelum merembat kencang ke arah gol untuk gol pertama Urawa.

Urawa Red vs Al Hilal

Tamat perlawanan, Gol daripada Silva menjadi pemisah dan memberi kemenangan buat Urawa Red Diamonds dengan aggregate 2-1.

URAWA RED DIAMONDS: Shusaku Nishikawa, Wataru Endo, Yuki Abe, Tomoaki Makino, Tomoya Ugajin (Mauricio Antonio 74’), Yosuke Kashiwagi (Tsukasa Umesaki 90’), Takuya Aoki, Kazuki Nagasawa, Yuki Muto, Rafael Silva, Shinzo Koroki (Zlatan Ljubijankic 84’).

AL HILAL: Abdullah Al-Mayouf, Mohammed Al-Breik, Osama Hawsawi, Mohammed Jahfali, Yaseer Al-Shahrani, Abdullah Otayf (Mohammed Al-Shalhoub 88’), Nicolas Milesi, Salman Al-Faraj (Yaseer Al-Qahtani 68’), Salem Al-Dawsari, Nawaf Al-Abed, Omar Kharbin.

Saksikan “highlight” perlawanan tersebut:

Baca juga: Previu Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2nd Leg : Urawa Red Diamonds vs…

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments