Wednesday, June 19, 2024
HomeUncategorizedAFC B-23: Malaysia Kejutkan Arab Saudi Untuk Ke Suku Akhir

AFC B-23: Malaysia Kejutkan Arab Saudi Untuk Ke Suku Akhir

Daniel Amier Norhisham menjadi wira buat Malaysia apabila memastikan kemenangan 1-0 Malaysia ke ata Arab Saudi dalam perlawanan terakhir Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 2018 pada Selasa sekaligus anak-anak buah Ong Kim Swee mengesahkan tempat di peringkat suku akhir.

Jaringan Danial Amier sudah cukup untuk memberi kemenangan pertama buat Malaysia dalam pertandingan ini dan membawa skuad Harima Muda layak ke pusingan lapan terbaik selepas menduduki tanggan kedua dalam kumpulan di belakang Iraq yang menjuarai Kumpulan C.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Skuad Harimau Muda terpaksa memperatahankan gawang mereka sepanjang separuh masa kedua apabila pasukan Arab Saudi mencari gol penyamaan dan kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya. Walaubagaimanapun anak-anak buah Daniel Teglia menemui jalan buntu untuk menumpaskan skuad negara.

Arab Saudi bermula dengan garang apabila percubaan Fahad Al Rashidi mengegar palang gawang Malaysia seawal minit kedua perlawanan melalui sepakan percuma. Jabel Al Basri juga berjaya melakukan percubaan melalui tandukan yang mengancam Malaysia pada minit ke-15.

Permainan banyak berlegar di kawasan Malaysia namun skuad negara kekal bertahan di kala Arab Saudi terdesak memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan suku akhir.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Walaubagaimanapun Arab Saudi gagal menemui gawang Malaysia walaupun mereka mendominasi permainan. Keghairahan Arab Saudi mencari gol awal akhirnya dihukum pada minit ke-29 apabila Malaysia berjaya mendahului melalui jaringan Danial Amier yang membuat rembatan kaki kiri di hujung kotak penalti untuk menewaskan Amin Al Bukhari.

Jaringan tersebut mengejutkan Arab Saudi namun ianya tidak sedikit memecah dominasi Arab Saudi selepas itu.

Peluang terbaik Arab Saudi pada separuh masa pertama hadir pada minit terakhir apabila Abdullah Al Amri bergerak membawa bola kehadapan masuk kedalam kotak penalti sebelum membuat tolakan kepada Abdullah Al Joui namun percubaan beliau untuk menewaskan Haziq Nadzli berjaya ditolak keluar.

Image may contain: 2 people, people playing sports, people standing, outdoor and text
Kredit imej: Facebook FAM

Pasukan dari Asia Barat ini memulakan separuh masak kedua dengan rentak yang sama dengan dimulakan percubaan Rakan Al Anaze dinafikan Haziq tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.

Anak-anak buah Teglia terus memberi tekanan kepada Malaysia sambil sekali sekala skuad negara melakukan asakan apabila berjaya mematahkan serangan Arab Saudi. Pemain-pemain Arab Saudi mula bermain secara fizikal sehingga menyebabkan Hamdan Al Shamari di buang padang di saat mereka gagal mencari gol.

Malaysia yang menduduki tangga kedua Kumpulan C akan menunggu juara Kumpulan D di peringkat suku akhir.

Saksikan video highlight perlawanan Malaysia B-23 vs Arab Saudi B-23 :


 Baca juga; Akhyar Rashid Permata Menyinar Dalam Kejohanan AFC Bawah 23

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments