Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKJDT Gagal Tundukkan Song Lam Nghe An

JDT Gagal Tundukkan Song Lam Nghe An

Perlawanan kedua Piala AFC mempertemukan Song Lam Nghe An dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Kumpulan H. Kedua-dua pasukan mencari kemenangan kedua dalam saingan Piala AFC ini selepas menang dalam perlawanan pertama.

JDT melakukan beberapa perubahan berbanding perlawanan menentang Persija Jakarta dengan memasukkan Safawi Rasid untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Jorge Pereyra Diaz. Farizal Marlias juga diberi tanggungjawab selaku penjaga gawang menggantikan Izham Tarmizi.

Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula agak seimbang bagi kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan memperolehi peluang dan saling berbalas serangan.

Peluang pertama hadir buat JDT seawal minit ke-4 perlawanan menerusi percubaan Safawi Rasid dari sebelah kanan kotak penalti namun ianya tepat kearah penjaga gol Song Lam Nghe An.

Image may contain: 2 people, people playing sports, outdoor and text

Gerakan Song Lam Nghe An hampir membuahkan hasil pada minit ke-13, Michael Olaha mendapat ruang di dalam kotak penalti namun tindakan pantas Farizal Marlias berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Safiq Rahim memperolehi peluang pada minit ke-17 namun rembatan beliau dari sebelah kanan kotak penalti ditangkap kemas penjaga gol Song Lam Nghe An, Lee Van Hung.

Gol akhirnya muncul buat pasukan tuan rumah menerusi Phan Van Duc pada minit ke-22 apabila beliau melepasi perangkap offside untuk menerima hantaran jauh daripada Ho Khac Ngoc di dalam kotak penalti sebelum Phan Van Duc memperdayakan Farizal Marlias untuk gol pertama Song Lam Nghe An.

Hasil carian imej untuk Phan Van Duc song lam

JDT yang tersentak dengan gol tersebut cuba bangkit dengan menguasai permainan. Beberapa percubaan yang cuba dilakukan gagal menemui gol yang dikawal Lee Van Hung. JDT memperolehi beberapa sepakan percuma di kawasan bahaya namun masih gagal menepati sasaran.

Kedudukan pertahanan JDT agak lemah apabila sering melakukan beberapa kesilapan mudah selepas Song Lam Nghe An melakukan “counter attack” melalui hantaran-hantaran jauh ke kawasan JDT. Ho Khac Ngoc melakukan percubaan jarak jauh pada minit ke-36 namun ianya sedikit tersasar di sebelah kanan gawang JDT.

Image may contain: 2 people, people playing sports, people standing, outdoor and text

Kelemahan dibahagian pertahanan memaksa Raul Longhi melakukan pertukaran awal pada minit ke-40. Afiq Fazail terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Aidil Zafuan untuk menolak Hariss Harun naik selaku “defensive midfielder”. Kemasukan Hariss Harun dilihat untuk menampung hantaran-hantaran tinggi (aerial duel) yang gagal dikawal Afiq Fazail.

Hazwan Bakri yang menerima hantaran Corbin Ong memperolehi perluang pada minit ke-42 namun percubaan kaki kiri beliau berjaya dihadang pertahanan lawan.

Satu minit masa tambahan tidak memberi apa-apa perubahan apabila perlawanan tamat dengan Song Lam Nghe An mendahului dengan 1 gol.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua dimulakan oleh Song Nam Nghe An melakukan serangan awal. Walaubagaimanapun pertahanan pasukan JDT lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.

Safawi Rasid memperlohi peluang yang baik pada minit ke-47 apabila menerima hantaran Luciano Figueroa. Walaubagaimanapun percubaan kaki kiri beliau sedikit tersasar.

Image may contain: 4 people, people playing sports, stadium and outdoor

Ho Tuan Tai mempunyai peluang untuk menggandakan kedudukan buat Song Lam Nghe An pada minit ke-53 apabila gerakan beliau mampu melepasi perangkap offside. Walaubagaimanapun Farizal Marlias tangkas menampan bola tersebut.

Lee Van Hung sekali lagi menafikan percubaan Safawi Rasid pada minit ke-56 selepas Safawi menanduk tepat hantaran Corbin Ong. Percubaan kaki kiri Luciano Figueroa pada minit ke-60 juga berjaya dinafikan Van Hung.

JDT melakukan pertukaran kedua pada minit ke-58 dengan memasukkan Syafiq Ahmad bagi menggantikan Hazwan Bakri bagi memperkuat barisan serangan. Manakala Song Lam Nghe An melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan Lee The Cuong menggantikan Ngo Xuan Toan pada minit ke- 63.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Corbin Ong melakukan percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-67 walaubagaimanapun ianya sedikit tinggi melewati palang gol Song Lam Nghe An. Tandukan Syafiq Ahmad pada minit ke-69 dari tengah kotak penalti pula berjaya diselamatkan Lee Van Hung.

Walaupun bola lebih dikuasai pasukan JDT, namun mereka masih belum menemui penyudah yang tepat untuk menewaskan penjaga gol Song Lam Nghe An.

Safiq Rahim dan Natxo Insa dilihat berkerja keras dibahagian tengah untuk membuat umpanan kepada bahagian serangan. Hantaran Safiq Rahim pada minit ke-78 sampai ke kaki Safawi Rasid namun percubaan kaki kiri Safawi sedikit tersasar.

JDT memperolehi sepakan percuma pada minit ke-81 apabila Natxo Insa dijatuhkan betul-betul diluar kotak penalti. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil Luciano Figueroa sedikit tersasar disebelah kanan Song Lam Nghe An.

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports, grass and outdoor

Berbaki lima minit masa perlawanan Song Lam Nghe An  melengah-lengahkan permainan. Ini menambah tekanan kepada pasukan JDT untuk menyamakan kedudukan. Sebaliknya berlaku apabila Song Lam Nghe An yang berjaya melakukan percubaan pada minit ke-89 namun Farizal Marlias cemerlang menyelamatkannya.

Empat minit masa tambahan diberikan pegawai perlawanan gagal disempurnakan JDT untuk menyamakan kedudukan. Song Lam Nghe An sebaliknya mengambil kesempatan diatas keghairahan JDT mencari gol penyamaan apabila melakukan “counter attack” yang disudahkan Pham Xuan Manh di penghujung perlawanan.

Tamat perlawanan, JDT terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 ke atas Song Lam Nghe An.

Baca juga: Previu Piala AFC: JDT vs Song Lam Nghe An

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments