Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC B-23 : Malaysia Gagal Tampung Kekuatan Iraq

AFC B-23 : Malaysia Gagal Tampung Kekuatan Iraq

Malaysia turun buat kali pertama dalam Kejohanan Piala AFC Bawah 23 ini apabila menghadapi cabaran Iraq dalam perlawanan pertama Kumpulan C. Ong Kim Swee merencana formasi 3-4-3 untuk anak-anak buahnya bagi menghadapi juara edisi 2013 ini.

Adam Nor Azlin memikul tanggungjawab selaku kapten berikutan ketiadaan Adib Zainudin. Beliau digandingkan bersama Dominic Tan dan Irfan Zakaria dibahagian pertahanan. Dibahagian tengah Daniel Amier menjadi jentera utama bersama Norazam Azih sambil dibantu Syazwan Andik dan Matthew Davies dikiri dan kanan.

Barisan serangan negara mengharapkan gandingan Jaffri Firdaus Chew, N. Thanabalan dan Safawi Rasid untuk menggempur pertahanan Iraq.

Malaysia Bawah 23 AFC

Separuh Masa Pertama

Iraq memulakan permainan dan cuba melakukan serangan awal namun berjaya dikekang barisan pertahanan. Gerakan pasukan Iraq cuba melepasi pertahanan Malaysia gagal apabila penyerang mereka berkedudukan offiside pada minit ke-3.

Malaysia cuba mengimbangi serangan pasukan Iraq. Walaubagaimanapun Iraq akhirnya berjaya mendapat gol pertama seawal minit  ke-5 hasil “counter attack” pantas dari sebelah kiri melalui Mohammed Jaffal yang membuat larian sebelum melakukan hantaran lintang yang ditanduk masuk Farhan Shakor yang tidak dikawal.

Skuad negara cuba mengatur serangan dengan sesekali cuba melakukan hantaran pendek bagi menembusi pertahanan Iraq. Walaubagaimanapun ianya mudah dipatahkan. Permainan lebih berlegar-legar dibahagian tengah dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor

Minit ke-19 menyaksikan Iraq mendapat sepakan percuma setelah Mohammed Jaffal dijatuhkan oleh Irfan Zakaria pada jarak 25 meter. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil oleh Bashar Resan terkena benteng pertahanan dan gagal menemui gawang Malaysia.

Skuad muda negara dihadiahkan sepakan penjuru pada minit ke-22. Sepakan percuma yang diambil Safawi ditumbuk keluar penjaga gol Iraq, Ahmed Basil sekaligus melakukan gerakan “counter attack”. Gerakan Bashar Resan bersama dua rakannya berjaya menghasilkan gol namun tidak disahkan kerana Bashar berkedudukan “offside”.

Malaysia berjaya menembusi kotak penalti pada minit ke-24 namun hantaran Safawi Rasid untuk Thanabalan berjaya disekat. Padah menimpa Malaysia apabila Amjed Attwan menggandakan kedudukan Iraq melalui rembatan dari sebelah kanan kotak penalti untuk menewaskan Ifwat Akmal. Gol ini terhasil apabila Syazwan Andik gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya mengakibatkan bola jatuh ke kaki Amjed Attwan yang menjaringkan gol kedua Iraq.

Pada minit ke-31 Malaysia sekali lagi menerima sepakan penjuru. Kali ini sepakan Safawi melencong ke arah gol namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol Iraq. Safawi sekali lagi mendapat peluang untuk menjaringkan gol apabila mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter namun tersasar.

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports, outdoor and text

Iraq memberi tekanan setiap kali pemain Malaysia memegang bola. Sekurang-kurangnya dua pemain Iraq akan mengawal pemain Malaysia untuk menghalang gerakan pasukan negara. Corak “pressing” yang diamalkan Iraq ternyata menyukarkan pemain negara melakukan serangan.

Malaysia mempunyai peluang sekali lagi apabila Norazam Azih yang memintas bola hantaran pemain Iraq melorongkan bola buat Safawi yang kemudiannya melakukan rembatan namun terkena pertahanan Iraq yang pantas menutup ruang pada minit ke-40.

Berbaki satu minit sebelum tamat separuh masa pertama Norazam Azih mengalami kecederaan setelah dikasari Safaa Hadi. Insiden itu terus menamatkan separuh masa pertama dengan Iraq mendahului Malaysia 2-0.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua dimulakan tanpa sebarang perubahan oleh kedua-dua pasukan. Iraq terus menguasai permainan dengan perancangan yang lebih baik. Kesilapan Norazam Azih yang terlalu lama memegang bola  hampir membinasakan Malaysia apabila dirampas dan “counter attack” dilakukan Iraq. Walaubagaimanapun rembatan Farhan Shakor berjaya ditampan Ifwat Akmal pada minit ke-48.

Gerakan satu dua Hussein Ali bersama rakannya hampir memberikan gol ketiga buat Iraq namun berjaya diselamatkan Ifwat pada minit ke-52. Iraq beberapa kali berjaya melakukan gerakan satu dua di dalam kotak penalti. Pada minit ke-56 satu lagi gerakan satu dua berjaya memperdayakan tiga pemain Malaysia untuk Alaa Mhawi menjaringkan gol ketiga Iraq.

Malaysia melakukan pertukaran pemain pertama pada minit ke-60 dengan memasukkan Akhyar Rashid bagi menggantikan Thanabalan yang gagal menyerlah dalam perlawanan ini.

Irfan Zakaria hampir menjaringkan gol sendiri apabila “clearance” yang cuba dilakukan Adam Nor Azlin tertampan oleh Irfan Zakaria ke arah gol namun refleks pantas Ifwat menyelamatkan keadaan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people playing sports, text and outdoor

Ibrahim Bayesh dimasukkan pada minit ke-70  buat Iraq, manakala Malaysia melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Kogileswaran untuk menggantikan Jaffri Firdaus Chew pada minit ke-72.

Iraq  melakukan serangan bertubi-tubi dan terus memberi tekanan kepada pasukan Malaysia Bashar Resan hampir manambah gol buat Iraq pad minit ke-76 apabila melakukan sepakan ‘volley’ namun tepat ke arah Ifwat.

Gol buat Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-79 apabila Akhyar Rashid menggelecek masuk ke bahagian “half-space” dan membuat hantaran pendek untuk Safawi merembat masuk gol pertama Malaysia dan menjadikan kedudkan 3-1.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila kesilapan hantaran ke belakang Norazam Azih ke pada Irfan Zakaria mudah dipintas Hussein Ali untuk situasi satu lawan satu yang mudah untuk Hussein Ali menewaskan Ifwat bagi gol ke-4 Iraq pada minit ke-81.

Pertukaran ketiga buat Malaysia pada minit ke-87 dengan Daniel Amier dikeluarkan dan digantikan oleh Nik Akiff. Seminit berselang kawalan bola yang baik ditunjukkan Kogileswaran berjaya membuat hantaran lintang untuk Syazwan Andik sudahkan namun di tindakan pantas Basil menyelamatkan keadaan.

Perlawanan berakhir dengan Harimau Muda terpaksa akur dengan kekuatan Iraq apabila tewas 1-4.  Malaysia bakal berhadapan saingan Jordan pada 13 Januari akan datang.

Baca juga: AFC B-23 :AFC B-23 : Iraq Turun Tanpa Dua Tonggak Utama

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments