Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKPreviu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?

Previu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?

PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC juga dilihat serius dalam memberi saingan Liga Super. Kehadiran pengendali K. Rajagobal dilihat umpama sirih pulang ke gagang. Rajagobal sebelum inipernah mengendali PKNS selama 8 tahun bermula 1990 sehingga 1998. Pengalaman yang diperolehi Rajagobal terutama ketika mengendali skuad kebangsaan pastinya mampu memberi impak buat pasukan “Semut Merah” ini.

Selain daripada itu, PKNS juga dilihat mengikat tiga tonggak import baru. Slot impor ASEAN di isi pemain kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli yang mendapat gelaran “Messi Singapura”. Faris yang bermain bersama Home United musim lalu telah menjaringkan 14 gol dalam 30 penampilan.

Image may contain: 3 people, people smiling, outdoor
Kredit imej: Facebook “PKNS FC”

Seorang lagi pemain import muda yang berjaya di ikat adalah Romel Morales Ramirez. Pemain kelahiran Colombia ini baru berusia 19 tahun dan mengisi posisi tengah. Menurut K. Rajagobal, beliau melihat Romel sebagai seorang pemain tengah yang memiliki strategi perancang yang baik.

Dua lagi pemain yang mengisi kuota  import adalah bekas pertahanan Kedah, Zac Anderson dan penjaring terbanyak Liga Singapura tiga musim beerturut-turut Rafael Ramazotti. Rafael menjaringkan  2015 (21 gol), musim 2016 (20 gol) dan berada di tempat ketiga pada tahun 2017 dengan 14 gol. Pastinya kehadiran Rafael memberi lebih bisa dibahagian serangan.

Antara pemain-pemain lain yang berjaya ditandatangani PKNS adalah Jafri Firdaus Chew, Nurridzuan Abu Hassan, K. Reuben selain mendapat khidmat Mahali Jasuli yang dipinjam daripada JDT.

Berikut adalah senarai pemain yang dikekalkan PKNS daripada musim lalu,

 

Kelantan

Pasukan “The Red Warriors” yang bergelut musim lalu untuk kekal dalam saingan Liga Super. Perlantikan Presiden KAFA yang baru Pn. Hajah Bibi Ramjani dilihat bakal memberi nafas baru buat Kelantan. Transformasi yand dilakukan Pn. Hajah Bibi Ramjan dilihat melegakan pentokong setia pasukan ini.

Sathit Bensoh yang mengambil alih pasukan di penghujung musim lalu berjaya melakukan terbaik untuk mengekalkan Kelantan dalam saingan Liga Super ini.

Kehadiran S. Veenod dalam pasukan Kelantan di samping bekas pemain kebangsaan Indonesial, Ferdinand Sinaga dilihat memberi nafas baru kepada pasukan Kelantan selepas memiliki pasukan yang agak berusia musim lalu.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook “Kelantan FA Official”

Musim ini juga, Kelantan dilihat membawa masuk tenaga muda daripada skuad Piala Presiden mereka termasuk Nik Akiff Syahiran yang turut membantu skuad muda negara dalam Kejohanan AFC Bawah 23 yang lalu.

Dengan nafas baru yang diberikan Puan Hajah Bibi Ramjani, pastinya “The Red Warriors” mensasarkan sesuatu yang lebih baik berbanding musim lalu.

Melaka United

Eduardo Almeida yang mengambil alih tugas Eric Williams pertengahan musim lalu dikekalkan berikutan kejayaan beliau menyelamatkan Melaka United daripada tersingkir ke saingan Liga Premier selepas mencatat kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Dua pemain sayap daripada JDT antara pemain yang awal berjaya ditandatangani. Kehadiran dua pemain sayap lincah, S. Chanturu dan R. Ghopinatan dilihat mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan. Selain itu Melaka juga berjaya menandatangani beberapa lagi pemain berpengalaman seperti Azmi Muslim dan Fakri Shaarani.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook ” Melaka United Soccer Association”

Persediaan Pra musim juga agak teliti dilakukan pengurusan Melaka United apabila melakukan perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Vietnam dan juga Liga 4 penjuru Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu 2018.

Melaka juga diliha telah melengkapkan senarai 5 pemain import mereka. Pemain import pasukan MU terdiri daripada Yahor Zubovich (Belarus), Shahdan Sulaiman (Singapura), Tiago Gomes (Portugal), Steven Thicot (Perancis) dan Jeon Woo Young (Korea Selatan).

 

Mukasurat :      1      2      3     4

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments