Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKKenapa Malaysia ‘Struggle’ Untuk Menang

Kenapa Malaysia ‘Struggle’ Untuk Menang

Tahniah Malaysia kerana layak menjadi 8 negara terakhir untuk bersaing dalam peringkat suku akhir AFC U23.

Demi menanti perlawanan peringkat suku akhir pada esok hari. Mari kita bincangkan kenapa pemain Malaysia agak susah untuk mendapatkan kemenangan.

Kesalahan mudah bahagian pertahanan.

Bahagian pertahanan Malaysia berkemungkinan bermain taktikal ‘aggressive pressure’ dengan ‘early defensive tactics’. Dimana pertahanan akan memberi tekanan awal dalam menutup ruang untuk seorang pemain pihak lawan membuat hantaran.

Photo by: Getty Images (the star)

Taktikal ini sememangnya agak bagus untuk mengekang ketangkasan pihak lawan yang lebih kuat. Kelemahan pertahanan dalam berkomunikasi membuatkan beberap gol mudah diberikan kepada pihak lawan.

Dari gambar di atas, kita dapat lihat di mana 3 pemain terlalu sibuk memberi tekanan kepada seorang pemain tetapi tidak mengekang sepenuhnya. Apabila terlalu banyak tekanan diberikan, secara tidak langsung membuka ruang untuk pihak lawan mengorak langkah.

Photo by : YouTube Sportivo Edited by: Sayap
Photo by : YouTube Sportivo Edited by: Sayap

Seterusnya, tiada sokongan dari bahagian pertahanan untuk penjaga gol kita Haziq. Pemain lambat bertindak untuk memberi sokongan terhadap penjaga gol. Itu sememangnya kerja seorang ‘last man’ tetapi apabila ‘aggressive preasure’ dimainkan membuatkan pemain lari dari formasi.

Photo by : YouTube Sportivo Edited by: Sayap

Kekurangan komunikasi antara pemain.

Kita dapat lihat pemain Malaysia selalu terlepas bola kerana di rampas dari belakang atau ‘trapback’. Persoalannya, kenapa kita membenarkan bola dirampas begitu mudah?

Kita dapat lihat posisi dirampas dengan begitu mudah semasa perlawanan terakhir peringkat saringan bertemu Arab Saudi. Di lihat pemain Arab mudah merampas bola secara ‘trapback’ dan terus mengatur serangan.

Photo by: Asiana

Apabila tiada/kurang komunikasi antara pemain, pihak lawan akan membuat serangan secara mengejut untuk merampas bola. Sedangkan pemain Malaysia yang lain mampu bersuara apabila terlihat pihak lawan ingin memberi tekanan dari belakang.

Antara bukti lain kekurangannya komunikasi antara pemain di lihat apabila bola di hantar secara melulu ke kawasan ketiadaan pemain. Seterusnya apabila 1 bola tanpa tekanan direbut pemain Malaysia dan juga ruang terlalu terbuka seperti kekurangan pemain Malaysia dalam padang.

Esok perlawanan kalahmati pertama Malaysia bertemu Korea Selatan. Semoga berjaya Malaysia. Serlahkan taringmu, tunjukkan belangmu. Doa kami semua untuk anda. Majulah sukan untuk Negara!

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments