Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAK5 Pemain Bawah 19 Antara 26 Pemain Skuad Bawah 23 Yang Disenarai...

5 Pemain Bawah 19 Antara 26 Pemain Skuad Bawah 23 Yang Disenarai Pendek

Sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui laman ‘facebook’ rasminya mengumumkan senarai pemain bawah 23 tahun negara yang disenarai pendek untuk ke Mokpo, Korea Selatan bagi meneruskan sesi latihan pusat disamping beberapa sesi perlawanan.

Sebelum ini, senarai 30 pemain di umumkan FAM untuk sesi latihan pusat di Wisma FAM yang tealah bermula 27 November lalu. Namun hanya 29 pemain yang menjalani latihan berikutan Syafiq Ahmad digugurkan kerana gagal melaporkan diri.

Apa yang mencuri tumpuan dalam senarai terbaru ini, 5 pemain daripada skuad Bojan Hodak yang dipanggil semenjak kem latihan pusat bermula berjaya meyakinkan Datuk Ong Kim Swee untuk dibawa ke Mokpo. Pemain-pemain ini berusia di antara di antara 17-19 tahun dan telah berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018.

Mereka adalah Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) dan  Kogileswaran Raj, 19 (Pahang). Ia pastinya suatu yang baik untuk masa depan bola sepak negara apabila mereka berpeluang bermain di kejohanan peringkat umur yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai lengkap 26 pemain yang dibawa ke Mokpo, Korea Selatan:

BIL NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

19

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

SAFAWI RASID

20

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DOMINIC TAN

20

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM*

5.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM*

6.

MATTHEW DAVIES

22

SAYAP

PAHANG

7.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

8.

KOGILESWARAN RAJ

19

PENYERANG

PAHANG

9.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM II

10.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

17

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM II

11.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

12.

AKHYAR RASHID

18

PENYERANG

KEDAH

13.

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

21

PENJAGA GOL

NEGERI SEMBILAN*

14.

N THANABALAN

22

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN*

15.

AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI

22

TENGAH

PERAK

16.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PERAK*

17.

RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

21

PERTAHANAN

PJ RANGERS FC

18.

TOMMY MAWAT BADA

21

SAYAP

PJ RANGERS FC*

19.

SHIVAN PILLAY ASOKAN

17

PERTAHANAN

PKNS FC

20.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PKNS FC*

21.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

22.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

FELDA UNITED

23.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

18

TENGAH

KELANTAN

24.

IRFAN ZAKARIA

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

25.

K THIVANDARAN

18

TENGAH

PULAU PINANG

26.

SYAHMI SAFARI

19

SAYAP

SELANGOR

* Pasukan baharu 2018

Menurut Datuk Ong Kim Swee, beliau terpaksa mengambil keputusan yang sukar untuk mengugurkan tiga pemain untuk dibawa ke Mokpo. Setelah mengambil kira semua faktor, Datuk Ong Kim Swee dengan berat hati terpaksa menggugurkan penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu FC II) dan Sean Eugene Selvaraj (Selangor) manakala Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) digugurkan akibat kecederaan.

Skuad 26 pemain ke Mokpo itu akan berlepas pada awal pagi Ahad ini (17 Disember) bagi menjalani latihan serta menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dengan kelab tempatan Korea Selatan iaitu Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University pada 22 Disember dan Jeonju Citizen pada 28 Disember.

Malaysia Bawah 23 posisi

Daripada senarai 26 pemain ini, 3 pemain lagi bakal digugurkan bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018. Senarai akhir ini akan menjalani sesi latihan pusat terakhir di Nangjin China pada 30 Disember dan akan mengahadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Januari 2018.

Mereka dijangka tiba di Changsu, China pada 6 Januari untuk menghadapi kejohanan sebenar dan bersaing dalam kumpulan C bersama Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

Baca juga: Senarai Pemain B-23 Dipanggil Ke Latihan Pusat

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments