Wednesday, June 19, 2024
HomeLAIN-LAINFUTSALFutsal AFC: Malaysia Catat Kemenangan Dramatik

Futsal AFC: Malaysia Catat Kemenangan Dramatik

Jaringan Mohamad Awalluddin Nawi disaat perlawanan berbaki 2.6 saat memastikan kemenagan dramatik skuad futsal negara ke atas Vietnam dalam Kejohanan Futsal AFC 2018 semalam.

Ianya sebuah perlawanan yang rancak dengan kedua-dua wakil Asia Tenggara ini sentiasa membalas serangan. Vietnam yang mempunyai ranking lebih baik dari Malaysia mula mendahului Malaysia di penghujung babak pertama menerusi jaringan Vu Duc Tung pada minit ke-19 sebelum Mohd Awalludin Nawi menyamakan kedudukan pada minit ke-36 dan menjadi wira Malaysia diminit terakhir perlawanan.

Image may contain: 13 people, people standing and text
Kredit imej: Facebook FAM

Vietnam bermula dengan lebih baik apabila beberapa percubaan menepati sasaran. Namun selepas melakukan tiga kekasaran dalam masa hanya dua minit, Vietnam mula menurunkan rentak permainan agresif mereka yang mana memberi Malaysia lebih ruang.

Tidak banyak peluang yang diperolehi skuad negara untuk menguasai ruang pihak lawan. Pemain negara terpaksa melakukan yang terbaik apabila mempunyai ruang dan peluang. Anak-anak buah Chiew Chun Yong hampir di depan pada minit ke-6 namun penjaga gol Vietnam, Ngo Dinh Thuan berjaya menyelamatkan dua percubaan berturut-turut daripada Syed Aizad Daniel dan Yazid Kamaruzaman.

Pada minit ke-14, Vietnam melakukan “counter attack” dimana Phung Trong Luan mencuri bola dan bergerak kebahagian tengah sebelum melorongkan bola untuk Vu Duc Tung yang berada didalam kawasan “D”. Walaubagaimanapun percubaan Duc Tung tersasar.

Kredit imej: ARENAFUTSAL.MY

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, gandingan Trong Luan dan Duc Tung sekali lagi memecah pertahanan Malaysia apabila hantaran Trong Luan kepada Duc Tung yang berada di sebelah sayap kanan di kawal dengan kemas sebelum beliau melakukan pusingan untuk merembat bola masuk ke bahagian bawah kanan gol Malaysia untuk Vietnam mendahului.

Minit ke-30 perlawanan, Malaysia dilihat mula mendapatkan momentum dengan hantaran pantas dan tepat. Namun ancaman Duc Tung di bahagian pertahanan membuatkan skuad negara lebih berhati-hati dan tidak melakuan kesilapan yang berisiko.

Kredit imej: AFC.com

Malaysia yang mencari kemenangan pertama, terpaksa menggunakan taktikal “power play” apabila mengeluarkan penjaga gol, Hadee untuk digantikan Khairul Effendy lima minit terakhir perlawanan. Pertukaran ini bermakna Malaysia bermain tanpa penjaga gol untuk menekan Vietnam supaya bertahan dipenghujung perlawanan.

Strategi itu ternyata membuahkan hasil apabila Khairul Effendy membuat hantaran deras kepada Awalludin di dalam kawasan “D” untuk mudah menolak masuk gol penyamaan skuad negara.

Pada ketika perlawanan seakan-akan tamat dengan keputusan seri, Awalludin menjaringkan gol kedua melalui pergelutan yang gagal diselamatkan penjaga gol Vietnam Dinh Tuan ketika perlawanan hanya berbaki 2.6 saat.

Kredit imej: ARENAFUTSAL.MY
Kemenangan ini meletakkan Malaysia selaku pendahulu Kumpulan A apabila satu lagi perlawanan yang menemukan pasukan tuan rumah, Chinese Taipei dan Bahrain mencatatkan keputusan seri.
Skuad negara bakal bertemu Chinese Taipei pada hari Sabtu ini untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan.
Ayuh kiita saksikan “highlight” perlawanan yang memberi kemenangan dramatik buat skuad negara:

Baca juga: Futsal AFC: Previu Kumpulan A, Vietnam, Malaysia, Chinese Taipei & Bahrain

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments