Tuesday, June 25, 2024
HomeSEPAK TAKRAWMalaysia Juara Quadrant Lelaki Piala Raja Thai 2017

Malaysia Juara Quadrant Lelaki Piala Raja Thai 2017

Regu quadrant lelaki negara dinobatkan selaku juara kategori quadrant lelaki Piala Raja Thai 2017 yang berlangsung di Bangkok Thailand. Skuad negara yang dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Farhan Adam, Muhammad Affifudin Mohd Razali dan Mohd Syazreenqamar Salehan  turun berhadapan Singapura pada perlawanan akhir malam tadi.

Saingan sengit diberikan negara jiran tersebut dalam yang berkesudahan dalam 3 set. Kedua-dua pasukan ternyata tidak membenarkan lawan menjarakkan kedudukan apabila masing-masing saling mengejar mata.

Malaysia mempunyai tiga kali peluang untuk memenangi set pertama apabila mendahului set pertama 20-19. Namun regu Singapura tidak membenarkan Malaysia memenangi set tersebut sebelum mengikat kedudukan 22-22 sebelum mereka memenangi set pertama 24-22.

Kebangkitan ditunjukkan regu negara pada set kedua sebelum berjaya memenangi set tersebut dengan mata 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. Jurulatih Malaysia mula membuat pertukaran apabila memasukkan Muhammad Norhafizi Razak bagi menggantikan Affifudin. Ternyata kemasukan tenaga baru ini memberi impak untuk Malaysia mencatatkan kemenangan 21-17 pada set ketiga untuk Malaysia dinobatkan juara quadrant lelaki.

Sebelum itu, regu negara ini menundukkan Jepun dalam pusingan separuh akhir untuk layak ke perlawanan akhir. Malaysia mencatat kemenangan 2 set dengan mata 21-13 dan 21-16.

Double Wanita

Selain kecemerlangan quadrant lelaki, pasukan double wanita juga mencatatkan kemenangan dalam peringkat kumpulan untuk menempah tempat ke perlawanan suku akhir. Walaubagaimanapun pasukan double wanita ini diberi tentangan sengit oleh China dalam merebut kedudukan naib juara kumpulan.

Gandingan dua pemain wanita ini akhirnya berjaya mencatat kemenangan dalam pertarungan 3 ser dengan mata 21-13, 14-21 dan 21-12.

Antara Regu Wanita

Hasrat regu wanita negara untuk melangkah jauh dalam kejohanan tidak kesampaian apabila ianya terhenti di peringkat suku akhir. Regu wanita negara yang diwakili Siti Norzubaidah Che Ab Wahab (tekong), Kamisah Khamis (perejam) dan Nor Farhana Ismail (feeder) terpaksa akur tewas dalam pertarungan straight set.

Walaupun memberi tentangan sengit pada set pertama, regu wanita negara akhirnya tunduk 21-23 sebelum tewas 18-21 pada set kedua sekaligus mematikan langkah regu wanita setakat suku akhir. Walaubagaimanapun mereka masih mepunyai peluang dalam kategori berpasukan.

Antara Regu Lelaki

Regu lelaki negara meneruskan kecemerlangan apabila melepasi peringkat suku akhir setelah mengetepikan cabaran Vietnam. Regu negara diwakili tekong terbaik Sepak Takraw League (STL), Mohammad Syahir Rosdi yang berganding bersama Hanafiah Dollah selaku perejam dan Farhan Adam selaku ‘feeder’.

Takraw MAS regu lelaki

Tewas di set pertama dengan mata 17-21, regu negara kembali bangkit pada set kedua untuk menang 22-20 dan mengheret perlawanan ke set penentuan. Regu Vietnam dilihat keletihan pada set ketiga dan gagal untuk terus memberikan saingan apabila tewas 7-21. Kemenangan ini meletakkan regu negara di pringkat separuh akhir untuk bertemu Korea Selatan.

Double Lelaki

Skuad double lelaki negara meneruskan kecemerlangan untuk mencatat kemenangan ke atas Vietnam dalam perlawanan peringkat kumpulan. Kemenangan itu meletakkan gandingan negara selaku juara kumpulan sekaligus layak ke peringkat suku akhir.

Gandingan pemain negara ini mencatatkan kemenangan dalam 2 set dengan mata 21-15 dan 21-17.

Jadual Perlawanan 14 Disember 2017

Separuh Akhir (Regu Lelaki): Malaysia vs Korea Selatan

Suku Akhir (Double Wanita): Vietnam vs Malaysia

Suku Akhir (Double Lelaki) : Malaysia vs Myanmar

Peringkat Kumpulan (Wanita Berpasukan): Malaysia vs China

Akhir (Regu Lelaki) : Malaysia / Korea Selatan vs Indonesia / Singapura

Peringkat Kumpulan (Berpasukan Lelaki): Malaysia vs Laos

Peringkat Kumpulan (Wanita Berpasukan): Malaysia vs Sri Lanka

Baca juga: 3 Kemenangan, 2 Kekalahan Pada Aksi Hari Kedua

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments