Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKAtas 3 Sebab Ini Adam Nor Azlin Layak Diberi Peluang Bermain Malam...

Atas 3 Sebab Ini Adam Nor Azlin Layak Diberi Peluang Bermain Malam Ini

Siapa yang tidak kenal dengan pemain ini lebih-lebih lagi selepas mendapat pingat perak Sukan Sea 2017. Beliau sebelum ini bermula dengan banyak posisi untuk bermain.

Hampir semua posisi beliau telah bermain kecuali penjaga gol. Sehingga lah nama beliau mula menjadi sebutan ramai ketika bermain di bahagian pertahanan.

Beliau menunjukkan prestasi yang baik dan semakin meningkat ketika bersama pasukan Selangor dan Harimau Muda.

Berdasarkan prestasi semasa dan pengalaman antarabangsa beliau kami rasakan sudah tiba masanya beliau diberikan peluang untuk beraksi malam ini.

Dengan perlawanan hidup mati malam ini menentang Korea Utara kami senaraikan 3 sebab ini mengapa beliau layak.

Faktor Prestasi Semasa Yang Agak Baik

Bagi kami jika beliau diturunkan beliau sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik. Jadi tidak salah Nelo Vingada memberikan peluang pada beliau untuk beraksi.

Jika kita ingat lagi pada tahun 2007 ketika Malaysia layak ke Piala Asia sebagai tuan rumah, Aidil Zafuan telah diberikan peluang untuk bermain bersama pertahanan lain yang lebih berpengalaman.

Dan hasilnya ketika itu kita berjaya mengelakkan dari tewas dengan jaringan yang lebih besar ketika bertemu pasukan lawan.

Pertahanan Yang Agak Goyah Ketika Perlawanan Terakhir

Kita tewas 4-1 pada perlawanan yang lepas dan itu membuktikan betapa lemah barisan pertahanan kita pada waktu ini.

Jadi untuk menampung kelemahan itu kita perlukan lebih ramai pertahanan untuk berada di dalam kawasan sendiri untuk bertahan.

Jika Nelo Vingada masih mahu mengekalkan gandingan Fadhli Shas dan Kiko Insa, kami berharap Adam Nor Azlin juga di selitkan bersama untuk membentuk barisan pertahanan berlima.

Pengalaman Peringkat Antarabangsa

Beliau telah banyak bermain di peringkat bawah umur ketika mewakili Malaysia.Boleh dikatakan beliau ialah tulang belakang kepada pasukan Harimau Muda ketika bermain.

Dimana sahaja posisi yang diberikan untuk bermain beliau pasti cuba berikan yang terbaik.Ketika bermain juga beliau sentiasa fokus dan memberikan sepenuh tumpuan pada perlawanan.

Kesimpulan

Berdasarkan tiga faktor ini kami rasa kan sudah tiba masa nya beliau di berikan peluang untuk beraksi malam ini. Kemampuan beliau untuk mematahkan serangan awal dari pasukan lawan sangat berharga untuk pasukan Malaysia ketika ini.

Kami juga berharap jika beliau diberikan peluang untuk bermain beliau dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Jom saksikan video beliau ketika memberikan semangat kepada pasukan :

Baca juga : 3 Perkara Nelo Vingada Harus Tekankan Malam Ini

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments