Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKPiala AFC: Previu JDT vs Persija Jakarta

Piala AFC: Previu JDT vs Persija Jakarta

Hari ini bakal bermula saingan Piala AFC untuk Kumpulan H yang mempertemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan wakil dari Indonesia, Persija Jakarta. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Juara Piala AFC 2015, JDT yang menyertai saingan Piala AFC buat kali keempat berturut-turut pastinya ingin menebus kekecewaan musim lalu apabila disingkarkan oleh pasukan dari Filipina, Ceres Negros di peringkat separuh akhir Zon ASEAN. Sebelum ini, JDT terpaksa akur dengan kekalahan kepada Muangthong United dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia.

Hasil carian imej untuk jdt 2018
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Untuk Persija Jakarta pula mereka layak selepas menduduki tempat keempat Liga 1 Indonesia dan mengiringi juara liga, Bali United sbegai pasukan yang mewakili Indonesia selepas pasukan di tangga kedua (Bhayangkara) dan ketiga (PSM Makssar) gagal memperolehi Lesen AFC.

Untuk musim ini, JDT membawa semula 3 pemain import yang membantu mereka menjuarai Piala AFC 2015 iaitu Hariss Harun, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Mereka juga dilihat mengekalkan pemain import musim lalu Gonzalo Cabrerra dan Marcos Antonio namun Marcos dilihat kurang cergas apabila tidak dapat bermain sepenuh masa dalam perlawanan sebelum ini

JDT perlu lebih memeperkemaskan pasukan mereka untuk perlawanan malam ini setelah tewas mengejut kepada pasukan yang baru dalam Liga Super, Kuala Lumpur dalam perlawanan hujung minggu lalu.

Hasil carian imej untuk jdt vs persija jakarta
Kredit imej: FourFourTwo.com

Berikutan Liga 1 Indonesia belum bermula lagi, Piala Presiden menjadi medan untuk Persija Jakarta mengekalkan “fitness”. Mereka baru sahaja menundukkan PSMS Medan dalam perlawanan separuh akhir kedua Isnin lalu dengan jaringan 1-0 sekaligus memberi kemenangan dengan aggregat 5-1 hanya dua hari sebelum mereka bertandang ke Larkin.

Berikutan jadual yang padat, pengendali Persija Jakarta Stefano Cugurra pastinya akan melakukan beberapa perubahan. Namun beliau tidak akan membuat pertukaran kepada semua 11 pemain berikutan beberapa pemain keletihan selepas aksi Piala Presiden.

Bekas pemain yang pernah bermain bersama Negeri Sembilan di Liga Perdana, Marco Simic antara yang dikhabarkan tidak dibawa ke Larkin berikutan keletihan selepas aksi Piala Presiden. Bambang Pamungkas antara yang disebut-sebut mengganti tempat Marco Simic.

Hasil carian imej untuk jdt vs persija jakarta
Kredit imej: Jawa Pos

JDT juga yang sebelum ini menghadapi jadual padat juga bukan dalam keadaan yang baik. Walaubagaimanapun barisan pemain simpanan mereka yang berbakat mendapatkan minit permainan untuk mengekalkan “match fitness” ketika bermain bersama dengan JDT II dibawah peraturan “feeder club”.

Pastinya kedua-dua pasukanmencari kemenangan pertama dalam perlawanan malam ini bagi memberi lebih semangat mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

Baca juga: 6 Faktor JDT Tewas Kepada Kuala Lumpur

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments