Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKFMLLP Menjelaskan Kekeliruan Isu Perlesenan Kedah Dan Felda United

FMLLP Menjelaskan Kekeliruan Isu Perlesenan Kedah Dan Felda United

Hari ini Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memberi penjelasan melalui laman ‘facebook’ nya, Football Malaysia LLP berkenaan tanda tanya segelintir penyokong yang mempersoalkan tentang apa perbezaan isu perlesenan Kedah dan Felda United.

Pada 2 November yang lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa Kedah, Melaka United dan Kelantan diluluskan lesen FAM selepas Mesyuarat “First Intansce Body” meluluskannya, walaubagaimanapun persoalan timbul apabila mereka gagal mendapatkan lesen AFC sedangkan kriteria perlesenan FAM lebih ketat daripada AFC.

lesen fam kedah

Satu lagi persoalan timbul apabila semalam FMLLP mengumumkan berkenaan Felda United terpaksa turun ke liga premier musim hadapan berikutan kegagalan memperolehi lesen FAM walaupun mereka berkedudukan ke-5 saingan Liga Super musim ini.

Dua situasi di atas menimbukan kekeliruan para peminat bola sepak tanah air berkenaan kriteria perlesenan.

Menurut FMLLP Persatuan Bolasepak Kedah berjaya mendapatkan lesen FAM berikutan mereka berjaya menyerahkan akaun yang telah diaudit sebelum Lembaga Rayuan (Appeal Body) bersidang. Oleh yang demikian, mereka layak mendapat lesen FAM setelah semua dokumen yang diperlukan lengkap dan layak untuk bersaing dalam Liga Super 2018.

Walaubagaimanapun, Kedah gagal mendapatkan lesen AFC kerana menurut peraturan AFC tiada dokumen baru boleh dipertimbangkan selepas ‘First Instance Body’ bersidang. Ini bermakna hanya dokumen yang telah dimuat naik sebelum itu dipertimbangkan dan Kedah gagal memenuhu kritiria perlesenan kerana tidak memuat naik akaun yang diaudit.  Oleh yang demikian, Lembaga Rayuan hanya mempertimbangkan untuk ppermohonan lesen FAM sahaja dan tidak lesen AFC.

Dalam kes Felda United pula, mereka gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan walaupun masa telah diberi sehingga Lembaga Rayuan bersidang. oleh yang demikian Felda United tidak layak mendapatkan lesen FAM.

Selain itu, FMLLP juga menegaskan bahawa ‘First Instance Body” dan Lembaga Rayuan merupakan dua badan bebas. Mereka terdiri daripada juru audit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundangan.  Ini bermana FMLLP tiada campur tangan dalam isu pengeluaran lesen dan kredibiliti mereka tidak seharusnya dipersoalkan mengenai isu ini.

FMLLP juga memaklumkan walaupun kritiria perlesenan FAM lebih ketat daripada AFC, namun tempoh yang diberikan untuk pasukan mengemukakan dokumen adalah berbeza. Semua pasukan yang membuat permohonan seharusnya mengemukakan dokumen yang diperlukan tepat pada masanya untuk mengelakkan permohonan di tolak.

Secara lazimnya pemegang lesen FAM akan layak memiliki lesen AFC namun beberapa perkara lain perlu dipertimbangkan seperti waktu penyerahan dan garis panduan yang perlu diambil Lembaga Rayuan untuk mempertimbangkan rayuan tersebut.

 

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments