Tuesday, June 25, 2024
HomeBERITA SEMASASafawi Rashid Sedang Diintai 2 Kelab dari Korea Selatan

Safawi Rashid Sedang Diintai 2 Kelab dari Korea Selatan

Safawi Rashid sedang diintai 2 kelab dari Korea Selatan.Selepas berita pemergian dua rakan sepasukan nya ke Portugal iaitu Dominic Tan dan Syameer Kutty kini beliau pula diintai untuk dipinjam oleh kelab dari Korea Selatan.

John Duerden (seorang penulis bola sepak daripada media asing), melaporkan 2 buah kelab bola sepak dari Korea Selatan dikhabarkan berminat untuk mendapat khidmat penyerang skuad Malaysia B-23 iaitu Safawi Rashid secara pinjaman.

“ Dua kelab Korea Selatan berminat dapatkan bintang baru Malaysia, Safawi Rasid. Mereka sanggup melihat Safawi kekal di Malaysia sehingga musim panas akan datang, sebelum berhijrah ke utara [Korea Selatan], ” kata John Duerden, melalui akaun rasminya di Twitter.

Duerden merupakan antara penulis bolasepak yang tersohor di rantau Asia dan mempunyai kenalan di kebanyakkan kelab-kelab besar di seluruh Asia.

Safawi Rashid merupakan pemain yang menjaringkan gol terbanyak untuk pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala Asia bawah 23 baru-baru ini.

Kehadiran beliau di dalam padang memberikan impak yang sangat tinggi di dalam pasukan Malaysia.

Mempunyai skill permainan yang tinggi, “workrate” yang bagus dan sentiasa memberikan komitmen seratus peratus ketika di dalam padang merupakan antara aset pemain ini.

Bagi kami jika benar beliau ditawarkan untuk bermain di Korea Selatan walaupun secara pinjaman kami sangat berharap beliau akan menimba ilmu sebanyak mungkin ketika di sana nanti.

Berdasarkan prestasi semasa beliau memang layak untuk bermain bersama pasukan luar negara supaya dapat meningkatkan prestasi kepada yang lebih baik.

Semoga maju jaya kami ucapkan kepada beliau jika beliau benar dapat berpindah ke kelab Korea Selatan ini. Sekurang-kurangnya beliau telah buktikan kualiti yang ada pada pemain Malaysia.

Jom kita lihat video gol beliau ketika Malaysia bertemu Jordan dalam Kejohanan Piala Afc bawah 23 baru-baru ini :

Baca juga : Tahniah Kepada Syamer Kutty dan Dominic Tan

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments