Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKPiala AFC 2018: Pasukan Manakah Yang Layak Menggantikan Slot Kedah

Piala AFC 2018: Pasukan Manakah Yang Layak Menggantikan Slot Kedah

Berdasarkan kedudukan “Member Associates (MA)” Malaysia di kedudukan ke-7 dan layak mendapat 2 slot automatik ke Kejohanan Piala AFC.  Berdasarkan “Entry Manual: AFC Club Competitions 2017-2020“, dua slot tersebut seharusnya di isi oleh Juara Liga Super dan Juara Piala FA berdasarkan klausa 12.1 di bawahAFC Sporting Critirea

Berdasarkan klausa tersebut dua slot  AFC seharusnya diisi Johor Darul Ta’zim selaku Juara Liga Tertinggi Kebangsaan (Liga Super) dan Kedah selaku juara kejohanan kalah mati kebangsaan (Piala FA).

Apa yang menariknya, Kedah tidak layak menyertai Piala AFC kerana gagal mendapatkan lesen dan perlu digantikan Pahang yang menduduki tangga kedua Liga Tertinggi Kebangsaan (Liga Super) seperti yang termaktub dalam klausa 12.5 dibawah.

AFC Sporting Critirea 12.5

Walaubagaimanapun Pahang melalui laman ‘facebook’ rasminya semalam mengumumkan bahawa mereka telah secara rasmi menolak tawaran yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di Piala AFC melalui surat rasmi pada 14 November lalu dengan alasan bagi memberi tumpuan terhadap Liga Domesetik.

Pahang FA - AFC

Keadaan ini menimbuklan tanda tanya dikalangan peminat bola sepak tempatan tentang pasukan manakah yang bakal mendapat tempat bagi menggantikan Kedah selaku wakil dari Malaysia dalam Piala AFC.

Selain daripada 2 klausa yang disebutkan di atas antara klausa penting dalam menentukan pasukan mana yang layak untuk menyertai Piala AFC sebagai wakil daripada Malaysia adalah klausa 12.6 seperti dibawah.

AFC Sporting Critirea 12.6

Menurut klausa tersebut, hanya pasukan yang menamatkan liga dalam kedudukan 50% dari jumlah pasukan yang bertanding pada hari pertama sepak mula yang layak memenuhi ‘Sporting Criteria’.

Dalam Liga Malaysia yang terdapat 12 pasukan yang bertanding, hanya 6 pasukan di kedudukan teratas layak memenuhi ‘Sporting Criteria’. 6 pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Kedah, Felda United, Perak dan Selangor.

Memandangkan Pahang selaku naib juara liga menolak peluang tersebut, pasukan yang berada dikedudukan berikutnya hingga keenam layak bertanding dalam Piala AFC. Oleh kerana pasukan yang berada di kedudukan ketiga hingga kelima iaitu Kedah, Felda United dan Perak gagal mendapatkan Lesen AFC, peluang ini pastinya akan dibuka kepada pasukan Selangor yang menduduki tangga keenam Liga Super dan memiliki Lesen AFC.

Walaubagaimanapun, sekiranya FAM telah menghantar nama Pahang kepada AFC sebelum mereka menolak tawaran tersebut, klausa 12.12 seperti dibawah mungkin terpakai.

AFC Sporting Critirea 12.12

Menurut klausa tersebut, sekiranya pasukan yang layak menolak untuk menyertai Piala AFC walaupun telah mempunyai lesen dan memenuhi ‘Sporting Criteria’, slot yang diperuntukkan untuk MA akan dibatalkan tidak kira sama ada ianya slot automatik atau ‘play-off’.

Ini bermakna, hanya JDT akan menjadi wakil dari Malaysia untuk Kejohanan Piala AFC tersebut setelah slot Pahang di batalkan.

JDT juga akan menjadi wakil tunggal negara ke kejohanan tersebut sekiranya klausa 12.1 diguna pakai yang mana hanya 3 pasukan teratas dan juara piala kalah mati yang memenuhi ‘Sporting Criteria’.

Kesimpulan

Berdasarkan fakta dia atas kemungkinan yang bakal berlaku adalah seperti berikut:

1- Hanya JDT yang bakal menyertai Piala AFC berdasarkan klausa 12.12 kerana slot Pahang dibatalkan.

2- Selangor akan mengisi satu lagi slot AFC berdasarkan klausa 12.6 berdasarkan kedudukan keenam dalam liga.

3- Hanya JDT menyertai Piala AFC berdasarkan klausa 12.1 diguna pakai.

Ura-ura PKNS untuk menyertai Piala AFC tidak seharusnya timbul kerana mereka berada di tangga ke tujuh liga menyebabkan mereka gagal memenuhi ‘Sporting Criteria’ seperti termaktub dalam klausa 12.6.

Apapun keputusannya, kita sama-sama tunggu keputusan AFC / FMLLP.

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments