Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKKekeliruan Timbul Berkenaan Perpindahan Alvaro Silva Ke Kedah

Kekeliruan Timbul Berkenaan Perpindahan Alvaro Silva Ke Kedah

Sedikit kekeliruan timbul apabila semalam Kedah FA mengumumkan melalui laman ‘facebook’ rasmi mereka berkenaan pengesahan pemain antarabangsa Filipina, Alvaro Silva bakal menyertai pasukan mereka.

Pengesahan Kedah FA mengenai kedatangan Silva di halaman ‘Facebook’ rasmi mereka hanya beberapa jam selepas kelabnya Ha Noi sebelum ini mengumumkan dia telah meninggalkan mereka untuk menyertai Sukhothai di Thailand.

Walaubagaimanapun Sukhothai FC masih belum mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu tetapi kini seolah-olah mereka kalah dalam bidaan untuk pemain  pertahanan tengah kelahiran Sepanyol tersebut yang juga mampu bermain di bahagian tengah.

Walaubagaimanapun, hari ini Alvaro Silva melalui laman ‘facebook’ Kedah FA menyatakan bahawa beliau tidak tahu mengapa wartawan mengaitkan beliau dengan kelab dari Thailand tersebut. Menurutnya, beliau baru sahaja pulang dari Hanoi menyelesaikan dokumentasi dan melihat masa depan beliau bersama Kedah. Beliau juga menyatakan yang beliau tidak memberitahu sesiapa ke mana arah tuju beliau.

Silva, yang berpengalaman bermain di La Liga dengan Malaga, menjaringkan empat gol dalam 21 penampilan untuk Ha Noi FC musim lalu. Kemasukan beliau dalam pasukan Kedah di lihat sebagai pengganti kepada pemain berdarah Australia, Zac Anderson yang  meninggalkan Helang Merah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedah, perpindahan itu masih tertakluk kepada Silva yang menjalani ujian perubatan dan bakal dimeterai atas persetujuan jurulatih Ramon Marcote. Walaubagaimanapun kedua-duanya menganggap ianya adalah formaliti semata-mata.

Alvaro Silva yang mempunyai ketinggian 187 sentimeter itu hampir bermain untuk Kedah pada tahun 2016, namun beberapa isu teknikal akhirnya menyebabkan kedah terpaksa melupakan khidmat beliau.

Walaupun menghabiskan hampir sepanjang hidupnya di negara asalnya Sepanyol, Silva telah meiliki tiga caps bersama Filipina setelah mendapat kelayakan kerana nenek beliau berasal dari sana.

Perjalanan karier profesional Silva bermula di Sepanyol bersama Malaga B pada tahun 2003 dan membuat 58 penampilan bersama kelab tersebut sebelum dipinjamkan ke Marbella selama setahun. Pada tahun 2006, beliau dinaikkan pangkat ke Malaga sebelum berhijrah bersama Cadiz dan Xerez.

Beliau kemudiannya bermain bersama pasukan Khazar, Al Qadsia dan sempat berkelana di Korea Selatan bersama Daejeon Citizen pada tahun 2015 hingga 2016. Kelab terakhirnya sebelum bersama Kedah adala Ha Noi FC.

Jom saksikan sedikit aksi Alvaro Silva sebelum ini:

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments