Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKS.Veenod Bersama Pasukan Kelantan Musim 2018

S.Veenod Bersama Pasukan Kelantan Musim 2018

Nampak nya pada musim hadapan kita akan dapat melihat pasukan yang boleh dikatakan kekuatan yang agak seimbang untuk semua.

Terbaru pasukan Kelantan telah menandatangani pemain serba boleh yang mempunyai tenaga sangat tinggi iaitu S.Veenod.

Dalam kenyataan terbaru menerusi laman rasmi Facebook Kelantan telah mengumumkan kehadiran S.Veenod untuk bersama pasukan Kelantan pada musim hadapan.

S.Veenod telah dilepaskan oleh pasukan nya sebelum ini iaitu pasukan Selangor selepas pasukan lama nya hanya mengekalkan beberapa sahaja pemain senior mereka.

Berusia 29 tahun dan berasal dari Pulau Pinang beliau merupakan seorang pemain tengah yang agak baik bagi kami.

Ketika berada di Selangor pada musim 2017 beliau tidak dapat banyak tempat kerana sistem dan strategi pasukan tidak memerlukan pemain seperti beliau.

YANGON 17 NOVEMBER 2016. Pemain Harimau Malaysia , S Veenod (2,kiri) menjalani latihan di Stadium Aung San menjelang aksi kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 yang bermula 20 November ini. NSTP/OSMAN ADNAN

Memulakan karier di Pulau Pinang sebelum menyertai pasukan USM FC. Nama beliau semakin dikenali ketika bersama pasukan Selangor kerana kerajinan beliau ketika berada di atas padang.

Bersama pasukan Selangor selama 4 musim dari 2013 dengan penampilan sebanyak 119 beliau telah menjaringkan 6 gol secara keseluruhan.

Bagi seorang pemain tengah bertahan dan “box-to-box” ini kami merasakan kualiti beliau agak baik untuk seorang pemain dalam Liga Malaysia.

Kami berharap dengan perpindahan ini mampu meningkatkan lagi tahap permainan beliau dan mampu membantu pasukan Kelantan untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik pada musim hadapan.

Selamat maju jaya kami ucapkan pada S.Veenod.

Jom kita lihat video permainan beliau sebelum ini :

Baca Juga : Tambahan Kuota Import : Impak Kepada Pasukan Dan Skuad Negara

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments