Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC B-23: Saingan Sengit Harimau Muda Belum Cukup Untuk Tewaskan Korea

AFC B-23: Saingan Sengit Harimau Muda Belum Cukup Untuk Tewaskan Korea

Malaysia berhadapan misi untuk mencipta sejarah dalam usaha melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan AFC Bawah 23 apabila turun menentang Korea Selatan dalam perlawanan peringkat suku akhir.

Separuh masa pertama

Korea Selatan memulakan permainan dengan tidak menunggu lama dan terus menyerang . Pasukan Malaysia ternyata belum bersedia dalam bertahan apabila bolos gol pertama seawal 15 saat usia permainan hasil percubaan cantik Cho Jae Wan ke arah gawang dari sebelah kanan kotak penalti untuk menewaskan Haziq Nadzli.

Image may contain: 11 people, stadium and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Malaysia yang tersentak dengan jaringan awal Korea Selatan tersebut cuba bangkit dengan cuba mengawal permainan. Walaubagaimanapun beberapa hantaran jauh sering mengecewakan apabila ianya sampai kekaki lawan.

Walaupun ketinggalan, pemain-pemain Malaysia kelihatan yakin ketika memegang bola dengan melakukan hantaran-hantaran pendek dalam mengekalkan “posession”. Anak-anak buah Ong Kim Swee dilihat lebih berlegar-legar dalam kawasan sendiri dalam usaha mengatur serangan.

Percubaan pertama buat Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-16 apabila Safawi Rasid membuat larian ke bahagian “half-space” sebelum melakukan rembatan namun tepat ke arah penjaga gawang Korea Selatan.

Minit ke-20 menyaksikan Korea Selatan memperoleh satu percubaan tepat apabila Lee Keun Ho melakukan tandukan hasil hantaran melalui sepakan penjuru namun Haziq Nadzli lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.

Image may contain: 4 people, people playing sports, outdoor and text
Kredit imej: Facebook FAM

Cho Jae Wan sekali lagi menguji barisan pertahanan negara apabila melakukan percubaan dari sebelah kanan namun hanya menerjah sisi  jaring. Haziq Nadzli sekali lagi menjadi penyelamat apabila berjaya menyelamatkan situsasi satu lawan satu dengan Jang Yun No pada minit ke-30.

Penjaring gol Malaysia ketika menentang Arab Saudi, Daniel Amier berjaya melakukan percubaan dari tempat yang sama ketika beliau menjaringkan gol untuk Arab Saudi. Walaubagaimanapun percubaan beliau lemah dan mudah diselamatkan Kang Hyeon Mu pada minit ke-32.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan, namun kesilapan mudah sering berlaku apabila menghampiri kotak penalti.

Safawi Rasid dilayangkan kad kunig pertama perlawanan pada minit ke-41 apabila hantaran tinggi Daniel Amier menghasilkan situasi satu lawan satu buat Safawi Rasid dang penjaga gol. Walaubagaimanapun Safawi dipersalahkan apabila mengangkat kaki tinggi dan terkena muka Kang Hyeon Mu Korea.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook AFC

Dua minit masa kecederaan digunakan dengan baik oleh Malaysia apabila Safawi Rasid yang melakukan percubaan dari sebelah kiri terbias pertahanan Korea ke arah gol sendiri namun tepat kepada penjaga gawang.

Separuh Masa Kedua

Kedua-dua pasukan memulakan separuh masa kedua tanpa sebarang pertukaran pemain. Safawi Rasid  berjaya melakukan percubaan awal  dari sebelah kanan namun tepat kepada penjaga gol seminit selepas perlawanan bersambung.

Minit ke-50 menyaksikan Malaysia memperolehi peluang keemasan berpunca daripada sepakan sudut Safawi Rasid ditanduk ke dalam Syazwan Andik sebelum Matthew Davies melakukan percubaan namun dihadang pertahanan dan disusuli percubaan Adam Nor Azlin yang tinggi melepasi palang.

Safawi Rasid sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila “counter attack” yang dimulakan Nik Akif memberi ruang buat Safawi namun cubaan Safawi mencari penjuru sebelah kanan gol berjaya di tolak keluar.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook AFC

Gawang Malaysia hampir dibolosi pada minit ke-57 apabila Lee Keun Hwo melepasi kawalan tiga pertahanan Malaysia dan berjaya melakukan rembatan yang berjaya diselamatkan Haziq Nadzli.

Malaysia melakukan pertukaran pertama apabila membawa masuk N. Thanabalan bagi menggantikan Nik Akiff pada minit ke-58.

Haziq Nadzli sekali lagi menjadi penyelamat apabila cemerlang menyelamatkan rembatan kencang Lee Kun Ho pada minit ke-59. Skuad Korea Selatan mula melakukan serangan bertubi-tubi kearah kubu Malaysia namun mereka mengekalkan disiplin ketika bertahan.

Pertukaran kedua dilakukan Kim Swee apabila Hadi Fayyadh masuk menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-66.

Thanabalan menjadi wira buat Malaysia apabila berjaya melayangkan badan untuk menanduk masuk hantaran lintang Safawi Rasid pada minit ke-67 untuk gol penyamaan buat Malaysia.

Gol Thanabalan tersebut ternyata menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Malasyia apabila memberi lebih tekanan kepada Korea Selatan.

Pasukan Korea Selatan mula menggandakan serangan ke arah kubu Malaysia. Peluang keemasan dimiliki Korea pada minit ke-77 apabila Haziq  Nazli menyelamatkan dua percubaan berturut-turut daripada Lee Keun Ho dan Kim Moon Hwan.

Image may contain: 4 people, people playing sports, stadium and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM

Serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil buat Korea Selatan apabila Han Seung Gyu berjaya meledak  gol untuk kembali meletakkan Korea di hadapan apabila  membuat larian ke dalam kotak penalti untuk menewaskan pertahanan dan penjaga gol Malaysia.

Malaysia cuba bangkit semula dalam perlawanan ini dengan berusaha mencari gol penyamaan terutama dalam 4 minit masa tambahan. Namun masih gagal melakukan jaringan. Malaysia terpaksa akur untuk tersingkir diperingkat suku akhir apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

Apapun pujian seharusnya diberikan untuk Skuad Harimau Muda ini kerana mampu memberi saingan yang sengit kepada Korea Selatan.

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments