Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC B-23: Previu Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan

AFC B-23: Previu Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan

Malaysia bakal melakukan “debut” apabila turun buat kali pertama dalam Kejohanan AFC Bawah 23 ini sebagai pasukan yang melakukan kejutan apabila melangkah ke peringkat lapan pasukan terbaik setelah menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee yakin bahawa anak-anakbuahnya mampu melakukan satu lagi kejutan apabila berhadapan skuad kendalian Kim Bong Gil walaupun Korea mempunyai pengalaman lebih baik dalam pusingan akhir kejohanan benua ini.

Ong Kim Swee mengakui bahawa perlawanan ini merupakan sesuatu yang  baharu buat skuad negara manakala Korea Selatan telah berada di pentas ini dala jangka masa yang lama. Mereka telah banyak mencipta kejayaan dalam pertandingan peringkat belia ini. Walaubagaimanapun, Ong Kim Swee berharap anak-anak buahnya dapat menandingi Korea Selatan walau apa pun caranya.

Image may contain: 2 people
Kredit imej: Facebook FAM

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama sampai ke peringkat suku akhir kejohanan peringkat benua ini, skuad negara sedar akan tekanan yang bakal dihadapi dala perlawanan yang berprofil tinggi ini.

Lima belas pemain dalam skuad ini terdiri daripada pemain yang tersenarai dalam skuad Sukan Sea Ogos lalu. Walaubagaimanapun Ong Kim Swee menekankan anak-anak buahnya untuk mempertingkatkan permainan untuk menandingi skuad Korea yang sangat berbakat.

“Saya tidak melihat bermain dalam perlawanan yang besar adalah isu besar untuk pemain kami, namun bermain dengan intensiti yang tinggi dan terpaksa berdean pasukan yang berkualiti pastinya memberikan cabaran yang besar buat mereka,” kata Ong Kim Swee.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Kredit imej: Facebook FAM
“Saya berharap mereka dapat melakukan sesuatu. Seperti yang saya pernah katakan sebelum kejohanan bermula, kami ke sini untuk belajar sesuatu namun pada masa yang sama kami disini untuk melakukan kejutan.” tambah Ong Kim Swee lagi.

Untuk skuad Korea Selatan pula, mereka telah layak ke pusingan kalah mati ini dalam dua Kejohanan AFC Bawah 23 sebelum ini. Mereka layak ke perlawanan akhir pada 2016 namun tewas kepada Jepun.

Walaubagaimanapun hanya seorang pemain edisi lalu dalam skuad kali ini iaitu Hwang Ki-Wook. Pemain-pemain Korea ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menghadapi tekanan ketika perlawanan dan mempunyairekod sejarah yang hebat di dalam kejohanan peringkat Asia.

Kredit imej: AFC.com

Skuad Kim mengesahkan tempat di peringkat lapan pasukan terakhir selepas kemenagan 3-2 ke atas Australia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Rabu lalu. Dengan kekurangan satu hari waktu berehat, faktor keletihan dan masa pemulihan yang lebih pendek boleh memberi kesan untuk perlawanan petang ini.

Menurut pengendali Korea, Malaysia mempunyai kelebihan apabila mendapat rehat lebih sehari daripada mereka, namun pemain mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dan beliau percaya kepada mereka. Semalam mereka mempunyai satu hari untuk berehat dan fokus pada pemulihan dan ianya bukanlah masalah besar.

“Perlawanan menentang Australlia merupakan perlawanan yang sukar, begitu juga dengan dua perlawanan sebelum itu. Pemain kami mempunyai semangat yang kuat, ianya unik dan saya percaya pada mereka,” kata Kim.

“Tiada siapa dapat meneka keputusan, namun kami akan melakukan yang terbaik dari wisel pertama ditiupkan  sehingga kami menjaringkan gol pada separuh masa pertama, separuh masa kedua ataupun masa tambahan mahupun penentuan penalti, kami akan melakukan yan terbaik” tambah Kim lagi.
Sumber: AFC.com

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments