Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKAFC B-23: Qatar Duduki Tempat Ketiga

AFC B-23: Qatar Duduki Tempat Ketiga

Perlawanan penentuan tempat ketiga Kejohanan AFC Bawah 23 menemukan pasukan Qatar yang tewas kepada Vietnam dengan Korea Selatan yang tewas kepada Uzbekistan di separuh akhir.

Akram Afif menjadi wira buat Qatar apabila menjaringkan gol pada minit ke-39 sebelum Yousef Hassan menafikan sepakan penalti Hwang Htun-soo sekaligus menghadaihkan anak-anak buah Felix Sanchez pingat gangsa dalam kejohanan ini.

Bermain dalam cuaca yang sangat sejuk selepas hujan salji yang lebat pada malamnya, kedua-dua pasukan menafikan percubaan pihak lawan pada 30 minit pertama.

Tandukan Yoon Seung-won sedikit tersasar yang hampir memberikan gol yang luar biasa buat Korea. Sementara itu, gerakan Afif yang melorongkan bola kepada Abdelrahman Moustafa hampir berjaya membuka jaringan namun diselamatka Hwang Hyun-soo.

Kredit imej: AFC.com

Ketika dipenghujung separuh masa pertama, Qatar mula mencari ruang untuk dieksploitasi. Rembatan rendah Moustafa dari sebelah kanan menimbulkan kebimbangan di barisan pertahanan Korea kerana ianya sampai ke kaki Almoez Ali, namun percubaanya terpesong.

Dengan perlawanan masih berbaki enam minit, anak buah Sanchez mula mendahului. Afif membuat larian di belakang pertahanan Korea ketika Qatar memecah benteng pertahanan dan ianya disempurnakan Afif pada percubaan kedua setealh percubaan pertamanya diselamatkan Kang Hyeon-mu.

Setelah lima minit bermulanya separuh masa kedua, pemain-pemain Korea memperolehi peluang untuk menyamakan kedudukan apabila pembantu pengadil mendapati bola hantaran lintang Park Jae-woo terkena tangan Tameem Al Muhaza di dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun kapten Korea, Hwang Hyun-soo terpaksa akur kerana sepakan beliau diselamatkan penjaga gol Qatar, Yousef Hassan yang menjatuhkan badan ke sebelah kiri.

Kredit imej: AFC.com

Afif mempunyai peluang untuk menggandakan kedudukan apabila beliau hanya menyentuh lorongan Almoez Ali namun diselamatkan Kang Hyeun-mo. Sementara itu Lee Keun-ho yang dimasukkan selepas waktu rehat separuh masa pertama bagi menggantikan Yoon Seung-won sedikit sebanyak menggugat pertahanan Qatar.

Lee Keun-ho mempunyai dua peluang untuk menjaringkan gol namun kedua-duanya diselamatkan Yousef Hassan. Percubaan Cho Jae-wan pula terkena palang walaupun Yousef Hassan telah tertewas.

Kredit imej: AFC.com

Korea cuba mencari gol penyamaan namun Qatar akhirnya mengesahkan kedudukan ketiga dalam kejohanan ini.

Perlawanan akhir bagi menentukan kejuaraan bakal berlangsung pada jam 4.00 petang ini antara Uzbekistan dan pasukan ‘underdog’ yang telah melakukan banyak kejutan, Vietnam.

Baca juga: 6 Pemain Malaysia Yang Menyerlah Dalam Kejohanan AFC B-23

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments