Tuesday, June 25, 2024
HomeHOKIPiala Tan Sri P. Alagendra Telah Memasuki Perlawanan Akhir

Piala Tan Sri P. Alagendra Telah Memasuki Perlawanan Akhir

Terengganu Hockey Team (THT) menanti Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) di pusingan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra

Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mara ke perlawanan akhir Piala Tan Sri P. Alagendra selepas menidakkan cabaran dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), 3-1, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini. Merupakan halangan terakhir untuk memastikan kejuaraan milik KLHC pada malam ini.

KLHC buat pertama kalinya berjaya melayakkan diri keperingkat akhir dengan jaringan dari pemain import mereka iaitu Joshua Pollard pada minit ke- 11 dan dua lagi gol KLHC diledak oleh import Korea Selatan mereka, Jang Jonghyun, menerusi pukulan stroke pada minit ke-41 dan pukulan sudut penalti pada minit ke-55.

Pengendali KLHC, Lim Chiow Chuan sangat berpuas hati dengan persembahan terbaik dari anak buah beliau dan juga dua pemain import yang baru sahaja tiba beberapa jam sebelum perlawanan. Kelemahan KLHC berjaya dapat diatasi sekali gus memenangi perlawanan separuh akhir menentang UniKL.

KUALA LUMPUR 07 JANUARY 2017. Pemain Maybank, Hafifihafiz Hanafi (kanan) diasak pemain UNIKL, Zul Pidaus pada perlawanan Suku Akhir Piala Tan Sri Alagendra di Stadium Hoki Tun Razak. NSTP/OSMAN ADNAN

THT menepati ramalan untuk berada diperingkat akhir dengan menumpaskan TNB Thunderbolts yang 100 peratus menggunakan bakat pemain tempatan. Seawal minit pertama, THT sudah berada di depan menerusi pukulan sudut penalti Gonzalo Peillat.

Tersentak dengan gol itu Thunderbolts berjaya menyusun kembali corak permainan, namun mereka hanya mampu mencipta gol pada suku kedua hasil gol padang Azril Misron. Kedudukan seimbang itu, bagaimanapun, tidak kekal lama apabila jaringan padang Joaqin Menini kembali meletakkan THT di depan.

Pada suku ketiga permainan menjadi lebih rancak dimana Thunderbolts berjaya menyerap asakan dari THT dan berusaha memberi serangan balas. Situasi ini bertahan dalam suku terakhir perlawanan sehingga THT mendapat penalti stroke selepas Faizal Saari dijatuhkan Muhammad Faiz Aiman dalam kawasan D.

Peillat mudah menyempurnakan peranannya bagi memastikan kemenangan mutlak buat THT untuk selangkah sahaja lagi mengulangi pencapaian musim lalu.

PIALA TAN SRI P. ALAGENDRA 2018
Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bkt. Jalil

Perlawanan Akhir!

TERENGGANU HOCKEY TEAM V KUALA LUMPUR HOCKEY CLUB

Masa: 8.00 mlm
Tarikh: 7 Januari 2017 (Ahad)

Ayuh!
Para penonton!

Hadirkan ke stadium utk menyokong pasukan kesayangan anda!

Sumber dari: Stadium AstroMalaysian Hockey Team Fan Page

 

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments