Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPenguasaan Dominan JDT Tundukkan Persija Jakarta

Penguasaan Dominan JDT Tundukkan Persija Jakarta

Perlawanan pertama Kumpulan H mempertemukan wakil tunggal dari Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Persija Jakarta dari Indonesia. Kedua-dua pasukan dilihat melakukan perubahan terhadap barisan pemain mereka dengan beberapa pemain direhatkan berikutan jadual padat.

Ulisess Morais melakukan 4 perubahan daripada barisan utama nya dengan Afiq Fazail mengambil tempat Hariss Harun sebagai pivot selepas Hariss ditugaskan sebagai pertahanan tengah mengisi kekosongan yang ditinggalkan Marcos Antonio yang direhatkan.

Hazwan Bakri mengisi bahagian kanan serangan yang biasanya diisi Gonzalo Cabrerra manakala Azriff turun buat kali pertama selaku pertahanan kanan. Farizal Marlias membuat penampilan pertama selepas menjalani hukuman penggantungan.

Untuk Persija Jakarta pula, mereka merehatkan penyerang utama mereka, Marco Simic untuk perlawanan akhir Piala Presiden Indonesia dan bergantng kepada Bambang Pamungkas untuk menggempur gawang JDT.

Separuh Masa Pertama

JDT memulakan permainan dengan melakukan serangan, hasilnya JDT berjaya memperolehi sepakan penjuru yang diambil Safiq Rahim namun tandukan Fadhli Shas yang menyambung hantaran itu sedikit tersasar.

Image may contain: 1 person, playing a sport, outdoor and text
Kredit imej: Johor Southern Tigers

JDT benar-benar dilihat mengatur serangan demi serangan apabila memperoleh 5 sepakan penjuru dalam lima minit pertama. Peluang terbaik daripada sepakan penjuru tersebut adalah pada minit ke-5 yang mana hantaran Safiq ditanduk deras Luciano Figueroa namun tepat kepada penjaga gol Persija.

Serangan bertali arus dilakukan JDT untuk mendapatkan gol awal. Minit ke-13 menyaksikan hantaran lambung Safiq Rahim untuk Luciano Figueroa yang melepasi perangkap offside dibaca penjaga gawang Persija Jakarta, Andrithani Ardhiyasa.

Pada minit ke-17 JDT sekali lagi memperolehi peluang apabila Corbin Ong melakukan percubaan dari luar kotak penalti  namun Andrithani Ardhiyasa sudah bersedia untuk menangkap bola tersebut.

Image may contain: 3 people, people playing sports, stadium and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

JDT sekali lagi mengatur serangan hasil gerakan bersama Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-23 namun sekali lagi penjaga gol Persija keluar bagi menyelamatkan keadaan.

Persija akhirnya berjaya melakukan serangan namun hantaran lintang Novri Sitiawan gagal di sambar Bambang Pamungkas pada minit ke-23.

Gol pertama buat JDT akhirnya terhasil pada minit ke-29 melalui hantaran lintang Azriff Nasrulhaq yang ditolak mudah Hazwan Bakri yang tidak dikawal pertahanan Persija Jakarta.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Persija Jakarta cuba bangkit selepas gol JDT tersbut dengan cuba melakukan beberapa serangan namun mereka gagal menembus masuk ke dalam kotak penalti.

Padah buat Persija Jakarta apabila JDT sekali lagi menemui gawang gol pada minit ke-42 menerusi Jorge Pereyra Diaz yang menerima hantaran lambung Afiq Fazail sebelum menggelecek penjaga gol Persija yang Keluar dari kawasan beliau sebelum merembat masuk ke gawang yang terbuka luas dari luar kotak penalti sebelah kanan.

Separuh masa pertama berakhir dengan JDT mendahului perlawanan 2-0.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua dimulakan dengan Persija Jakarta cuba melakukan serangan awal untuk mengimbangi kedudukan. Walaubagaimanapun serangan yang diatur gagal menemui penyudah.

JDT mempunyai peluang terbaik pada minit ke-54 apabila berjaya merampas bola daripada pertahanan betul-betul diluar kotak penalti sebelum merembat kencang ke arah gawang. Walaubagaimanapun tindakan pantas Andrithani Ardhiyasa berjaya menampan keluar bola tersebut.

Peluang terbaik persija hadir pada minit ke-61 apabila hantaran lintang Marco Kabiay berjaya ditanduk Ivan Carlos namun dihadang Azriff Nasrulhaq.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Corbin Ong dilayangkan kuning pada minit ke-64 selepas dia menjatuhkan Sandi Dama Sute. Sepakan yang diambil Ivan Carlos tertampan benteng pertahanan JDT sebelum Bambang Pamungkas mengumpan kepada Marco Kabiay untuk gol  buat Persija namun ianya dibatalkan kerana offside.

Persija Jakarta hampir menjaringkan gol buat Persija Jakarta pada minit ke-72 apabila hantaran ke belakang dari Hazwan Bakri untuk Hariss Harun gagal dikawal kemas mengakibatkan Bambang Pamungkas berjaya mencuri bola sekaligus menewaskan Farizal Marlias. Walaubagaimanapun percubaan Bambar sekada menggegar tiang gol dalam keadaan ianya luas terbuka.

Safawi Rasid yang dimasukkan bagi menggantikan Hazwan Bakri pada minit ke-74 hampir membuat jaringan pada sentuhan pertama beliau namun percubaan melencong dari sebelah kanan berjaya dibaca  penjaga gol.

Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Harapan untuk bangkit terkubur buat Persija Jakarta apabila Safawi Rasid meledak gol cantik hasil umpanan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-76 untuk gol ketiga JDT.

Persija Jakarta yang beberapa kali cuba melepasi pertahahan JDT sering terperangkap apabila didapati offside.

Safawi hampir menjaringkan gol kedua peribadinya apabila menanduk hantaran Safiq Rahim menerusi sepakan penjuru pada minit ke-56 namun ianya sedikit tinggi.

Tamat perlawanan JDT mengesahkan kemenangan pertama mereka dalam kempen Piala AFC apabila menundukkan Persija Jakarta 3-0.

Baca juga: Piala AFC: Previu JDT vs Persija Jakarta

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments