Tuesday, June 25, 2024
HomeSEPAK TAKRAWPenang Black Panthers Pertahan Kejuaraan Sepak Takraw League (STL)

Penang Black Panthers Pertahan Kejuaraan Sepak Takraw League (STL)

Perlawanan minggu keenam Sepak Takraw League menemukan dua pasukan pendahulu liga Penang Black Panthers dengan Terengganu Turtles pada 10 November lalu. Penang Black Panthers yang mendahului liga hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengekalkan kejuaraan musim lalu.

Penang Black Panthers yang meneraju carta liga dengan 9 kemenangan daripada 10 perlawanan hadir dengan reputasi selaku juara musim lalu. Walaubagaimanapun kehadiran Terengganu Turtles yang menjadi satu-satunya pasukan yang menewaskan Penang Black Panthers di pusingan pertama memberikan saingan sengit pada perlawanan tersebut.

enang Black Panthers vs Terengganu Turtles1

Penang Black Panthers menurunkan Tekong kebangsaan Syahir dan digandingkan bersama Zaim selaku ‘feeder’ dan Azlan selaku ‘killer’. Manakala Terengganu Turtles menurunkan Irsyad sebagai tekong, Azwan sebagai ‘feeder’ dan Ridauddin sebagai ‘killer’.

Terengganu Turtles gagal memberi saingan pada set pertama apabila tewas 15-21. Kekalahan set pertama tersebut tidak mematahkan semangat regu Terengganu Turtles. Mereka memberikan saingan sengit kepada regu Penang Black Panthes.

Pada satu ketika, Terengganu Turtles hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mengheret perlawanan ke set ketiga apabila mendahului 20-16. Namun kebangkitan ditunjukkan regu Penang Black Panthers menggagalkan Terengganu Turtles untuk mengutip mata kemenangan dalam set kedua.

Penang Black Panthers vs Terengganu Turtles

Gandingan Syahir, Zaim dan Azlan akhirnya berjaya mengikat kedudukan 20-20 sebelum akhirnya menang 25-23. Kemenangan ini meletakkan Penang Black Panthes unggul di persada liga dengan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan.

Walau liga berbaki 3 perlawanan lagi, Penang Black Panthers telahpun mengesahkan kedudukan sebagai juara. Tahniah buat mereka yang berjaya mengekalkan kejuaraan musim lalu.

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments