Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKPreviu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?

Previu Liga Super 2018 : Adakah Anda Sudah Bersedia?

Pahang

Naib juara Liga Super musim lalu ini terbabit dengan kontroversi berikutan keengganan mereka menggantikan Kedah dalam Piala AFC. Keengganan itu menyebabkan mereka digantung selama 2 tahun untuk menyertai sebarang kejohanan yang dianjurkan AFC.

Walaubagaimanapun kontorversi tersebut tidak menjejaskan persiapan pasukan Pahang untuk saingan musim ini. Pahang dilihat menjalani perlawanan pra musim termasuk di Thailand dan Liga 4 Penjuru Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu 2018.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh dilihat akan kembali bersama pemain-pemainnya setelah menjalani penggantungan selama lima bulan berikutan tuduhan terhadap pegawai perlawanan pada musim lalu.

Image may contain: 11 people, people smiling, outdoor
Kredit imej: Facebook “Pahang FA”

Setakat ini, Pahang telah membawa 3 pemain import baharu disamping mengekalkan Mohmadou Sumareh yang menampilkan aksi cemerlang musim lalu. Daripada 3 pemain import baharu tersebut, dua daripada nya daripada ASEAN iaitu Chan Vatanaka (Kemboja) dan Safuwan Baharudin (Singapura) manakala seorang lagi merupakan pemain kelahiran Sweden Phillip Hellquist.

Selain itu, Pahang juga membawa masuk bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dari Felda United untuk memperkuat barisan serangan.

Selangor

Pada musim yang lalu, Selangor menunjukkan prestasi yang agak baik walaupun dibelenggu masalah kewangan dan pengurusan. Satu lagi permasalahan timbul sebelum sepak mula Liga Super apabila mereka masih lagi belum mengesahkan gelanggang tuan rumah. Ini berikutan kemelut politik yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Selangor dan kerajaan negeri.

Di sebalik segala permasalahan tersebut, persediaan rapi tetap dijalankan pengurusan mereka. Selangor berjaya mengikat dua tonggak muda dalam skuad Sukan Sea Indonesia iaitu Evan Dimas dan Ilham Udin. Kedua-dua pemain muda ini dilihat bakal memperkuat barisan tengah Selangor.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Kredit imej: Facebook “FA Selangor”

Walaupun kehilangan Adam Nor Azlin selaku pelapis pasukan, Selangor masih tidak kering dari menghasilkan pemain-pemain muda. Syahmi Safari dilihat pemain muda yang bakal menyerlah bersama Selangor.

Penghijrahan Azamuddin Akil ke Selangor juga dilihat mampu menambah kekuatan dibahagian sayap. P.  Maniam dilihat perlu sekali lagi memberi sentuhan magis beliau seperti musim lalu dengan bantuan pemain-pemain Piala Presiden Selangor.

Perak

Perak juga dilhat serius dalam menghadapi saingan musim ini. Mereka berjaya menandatangani bekas pemain Kelantan, Brendan Gan yang telah lama berehat berikutan kecederaan. Walaubagaimanapun Brendan Gan dijangka dapat mengembalikan semula prestasinya seperti sebelum ini.

Pasukan Perak akan membuat penampilan ke-15 dalam saingan Liga Super dan menjadi satu-satunya pasukan beraksi dalam semua edisi Liga Super yang mula diperkenalkan sejak tahun 2004.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook “Perak FA – The Bos Gaurus”

Dua pemain import kelahiran Brazil, Leandro Dos Santos Oliveira dan Gilmar Jose Da Silva Filho kekal untuk menggalas tanggungjawab bersama Perak musim ini. Selain dua import yang dikekalkan ini, Mehmet Durokovic dilahat membawa masuk Wander Luiz Bitencourt Junior (Brazil) dan Misagh Medina Bahadoran (Filipina) untuk memperkuat barisan serangan.

Dibarisan pertahanan pula, kehilangan pemain paling komited dalam padang musim lalu, Thiago Aquinho bakal di tampung bekas anak buah Mehmet di Selangor, Robert Cornwaithe.

Selain daripada itu sebahagian besar pemain musim lalu dikekalkan. Perak dilihat mampu mencabar kedudukan liga dan mensasarkan sekuran-kurangya satu piala musim ini.

Mukasurat :      1      2      3     4

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments