Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKSiapa Sebenarnya Pemain Baru JDT : La'Vere Corbin-Ong

Siapa Sebenarnya Pemain Baru JDT : La’Vere Corbin-Ong

Pagi tadi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah mengumumkan seorang lagi pemain naturalusasi baru La’Vere Corbin-Ong yang akan bermain di posisi pertahanan kiri dan tengah.

Secara teori nya, beliau akan memberikan persaingan pada Fazly Mazlan di posisi bek kiri dan pasti akan memberikan cabaran yang sengit untuk merebut tempat di kesebelasan utama.

Siapa Sebenarnya Corbin Ong

Dilahirkan di London di mana bapa nya merupakan warganegara Barbados, Lawrence Corbin dan Ibunya warganegara Malaysia, Elizabeth Ong yang merupakan pelajar psikatri dan kejururawatan yang berpindah ke Kanada pada umur satu tahun.

Beliau kemudian tinggal di Kanada dan berkelana di Eropah pada tahun 2012. Berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis.

Di Mana Beliau Telah Bermain

Menurut Persatuan Bolasepak Kanada, Corbin-Ong mula bermain seawal umur enam tahun untuk sebuah pasukan Diamond Blacks di Lynn Valley SA di kejiranan Utara Vancouver.

Beliau pernah bermain di Vancouver Whitecaps di Major League Soccer, seawal usia 19 tahun dan kemudian berhijrah ke beberapa kelab di Jerman.

Beliau mencuba nasib di Eropah pada tahun 2012 dan berjaya dalam percubaan nya bersama pasukan FC Pommern Greif sebuah pasukan divisyen 5 Liga Jerman. 2 tahun berikutnya, beliau kemudian berpindah ke Berliner AK07 di divisyen 4 Liga Jerman.

Corbin-Ong kemudian berpindah ke FSV Frankfurt, yang baru sahaja turun ke divisyen tiga pada musim 2016-2017 sebelum berpindah ke Belanda pada julai 2017 dan bermain untuk kelab divisyen kedua Go Ahead Eagles.

Di Mana Posisi Pemain Ini Akan Bermain

Corbin-Ong merupakan pemain bek kiri semulajadi tetapi beliau juga mampu bermain di bek tengah menjadi pilihan kepada pasukan JDT  jika “tanker” Brazil, Marcos Antonio tidak mendapatkan prestasi terbaiknya yang baru pulih dari kecederaan lutut.

Bolehkah Pemain Ini Beraksi Untuk Malaysia

Darah campuran beliau membolehkan beliau bermain untuk Kanada, Barbados, Malaysia dan England.

Bagaimanapun beliau telah mempunyai 1 kaps bersama pasukan Kanada dan ini pasti akan melewatkan sedikit proses beliau untuk bermain dengan pasukan Malaysia.

Berdasarkan peraturan FIFA seorang pemain tidak boleh bermain untuk dua negara di dalam pertandingan rasmi tetapi beliau hanya muncul sekali dalam perlawanan persahabatan dari bangku simpanan ketika itu.

Sebagai contoh Diego Costa yang dibenarkan untuk menukar negara pasukan yang ingin diwakili nya. Penyerang ini telah bermain untuk pasukan Brazil dalam perlawanan persahabatan bertemu Itali dan Russia pada Mac 2013 tetapi kemudian di benarkan bermain untuk pasukan Sepanyol selepas mendapatkan kerakyatan negara itu beberapa bulan kemudian.

Corbin-Ong perlu membuat rayuan secara bertulis kepada FIFA secara rasmi dan tunggu kelulusan dari Jawatankuasa Status Pemain.

Satu perkara yang pasti beliau tidak akan dibenarkan bermain untuk Kanada kerana undang-undang negara Malaysia melarang penduduk nya memegang dua kewarganeraan. Corbin-Ong harus melepaskan kewarganegaraan Kanada milik nya.

Jom kita lihat video permainan beliau :

Baca Juga : Akhirnya Terjawab Pengganti Kedah Untuk Ke Piala AFC 2018

Kredit : FourFourTwo

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments