Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKPreviu Piala AFC: JDT vs Song Lam Nghe An

Previu Piala AFC: JDT vs Song Lam Nghe An

Perlawanan kedua Piala AFC Kumpulan H bakal mempertemukan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan wakil dari Vietnam, Song Lam Nghe An. Kedua-dua pasukan mencari kemenangan kedua selepas menang dalam perlawanan pertama.

Song Lam Nghe An menundukkan Tampinese Rovers dari Singapura dalam perlawanan pertama dengan jaringan 2-0. JDT pula mmenang 3-0 ke atas wakil daripada Indonesia, Persija Jakarta.

Taktikal Johor Darul Ta’zim

Hasil carian imej untuk raul longhi
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim dilihat mengalami sedikit perubahan dengan perletakan jawatan Ulisess Morais atas alasan kesihatan keluarga beliau. Raul Longhi yang telah bersama JDT sejak tahun 2015 selaku pembantu jurulatih dipertanggungjawabkan menjadi pengendali sementara pasukan Harimau Selatan itu.

Perubahan jurulatih ini pastinya serba sedikit bakal merubah corak taktikal pasukan JDT. Sebelum ini, Raul Longhi pernah berkerja dengan Mario Gomez yang menggunakan formasi 4-4-2 manakala Ulisess Morais menggunakan formasi 4-3-3 dalam setiap perlawanannya semenjak mengambil alih tugas jurulatih daripada Benjamin Mora pertengahan tahun lalu.

Penulis menjangkakan Raul Longhi bakal mempercaturkan formasi 4-2-3-1 untuk memberi kekuatan dan penguasaan dibahagian tengah.

Ketiadaan Jorge Pereyra Diaz

Hasil carian imej untuk diaz jdt
Kredit imej: fourfourtwo.com

Sehari sebelum perlawanan dan sebelum pasukan JDT bergerak ke Vietnam, Jorge Pereyra Diaz dilaporkan melarikan diri daripada hotel di Singapura. Ini dikkuti pengesahan daripada Johor Southern Tigers yang menyatakan Diaz sah meninggalkan JDT.

Ketiadaan Diaz dilihat bakal memberi kekosongan dibahagian sayap serangan JDT. Antara nama yang menjadi sebutan untuk mengisi kekosongan ini adalah pemain muda skuad bawah 23 tahun negara, Safawi Rasid.

Tambahan pula, Gonzalo Cabrerra tidak didaftarkan untuk peringkat kumpulan Piala AFC, ini bakal menyaksikan dua pemain tempatan bakal mengisi bahagian sayap. Kemungkinan besar Hazwan Bakri bakal digandingkan bersama Luciano Figueroa di bahagian serangan.

Berikut adalah barisan kemungkinan mengikut pandangan kami.

JDT Line Up vs Song Lam NgheAn

Song Lam Nghe An

Song Lang Nghe An layak ke pertandingan Piala AFC selaku juara Piala Vietnam. Walaupun menamatkan liga dikedudukan ke lapan, Piala Vietnam menjanjikan slot untuk ke Piala AFC sebagaimana slot daripada Piala FA di Malaysia.

Menang 2-0 dalam perlawanan pertama ke atas Tampines Rovers menunjukkan bahawa Song Lam Nghe An bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah. Tambahan pula mereka beraksi sebagai tuan rumah.

Mereka menguasai 58.5% perlawanan ketika menentang Tampines Rovers.

Hasil carian imej untuk song lam nghe an 2018
Kredit imej: VNBongda

Taktikal Song Lam Nghe An

Pengendali Song Lam Nghe An, Duc Thang Nguyen dijangka menggunakan formasi 4-4-1-1 dalam perlawanan ini. Formasi tersebut merupakan formasi yang sama ketika menundukkan Tampines Rovers.

Gandingan Ho Khac Noc dan Vo Ngoc Toan dilihat bakal menjadi jentera  utama Song Lam Nghe An di bahagian tengah manakala Ho Phuc Tinh menjadi penyerang tunggal sambil dibantu pemain import Michael Olaha.

Berikut adalah barisan kemungkinan Song Lam Nghe An.

Line up Song Lam Nghe An

Kesimpulan

Perlawanan pada petang ini bakal menyaksikan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan mencari kemenangan kedua untuk menerajui Kumpulan H.

Pastinya peminat JDT menantikan sesuatu yang menarik selepas beberapa isu melanda pasukan itu. Perlawanan ini juga bakal menyaksikan kewibawaan Raul Longhi dalam mengendali pasukan JDT.

Baca juga: Analisis : Bahagian Tengah Menyempurnakan Orkestra Kemenangan JDT

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments