Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKSuarez Selamatkan Barcelona Dengan Jaringan Tunggal

Suarez Selamatkan Barcelona Dengan Jaringan Tunggal

Barcelona semakin hampir untuk ke final Copa del Rey selepas kemenangan perlawanan pertama separuh akhir semalam ke atas Valencia 1-0. Jaringan tunggal Suarez pada minit ke-67 membuat Barca rasa lebih selesa.

Photo by: Tribbunanews

Kesimpulan Perlawanan

Luis Suarez menanduk gol pada minit ke-67 selepas hantaran lintang dilakukan Lionel Messi menemuinya. Memberi kelebihan buat mereka untuk bertemu kembali dalam perlawanan separuh akhir kedua khamis hadapan.

Laporan Perlawanan

Tuan rumah lebih hidup di kedua-dua belah kawasan padang bermula dengan serangan pertama dilakukan oleh Messi. Tetapi cubaan awalnya terlalu tinggi melepasi Jaume Domenech di pintu gol Valencia.

Photo by: SI.com

Aleix Vidal kemudiannya membuat percubaan dari penjuru kotak penalti tetapi masih juga tersasar selepas menerima bola itu dari sepakan penjuru minit ke-12.

Tuan rumah masih mengawal posisi dan memaksa skuad Marcelino berada dalam sedikit tekanan untuk mendapatkan bola. Valencia gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang sebelum Barca kembali mengatur langkah melalui Messi.

Photo by: Goal.com

Messi membuat hantaran dekat dengan kemas ke arah Suarez. Suarez masih tidak menyempurnakan peluang pada minit ke 27.

Permainan diteruskan dengan pemain kelahiran Argentina itu melepaskan beberapa peluang untuk gol serta kelihatan Gerard Pique bersama pemain pertahanan yang lain menghampiri kawasan separuh padang menyebabkan pemain Valencia terpaksa bertahan secara mendalam.

Cubaan tepat Messi yang pertama di minit ke 49, semasa dia membuat langkah yang baik untuk membuka ruang bagi dia untuk melakukan tendangan, malangnya tendangannya sedikit meleret dan terkena tepi jaring gol.

Photo by: Sidomi

Barca menjadi lebih bertahan dari menyerang di mana Valencia tampak lebih bertenaga untuk melakukan lebih serangan berbanding separuh masa pertama. Dani Parejo akhirnya berjaya untuk memberi tekanan ke atas Jasper Cillesen tetapi mampu di tepis baik di hadapan pintu gol Barca.

Apabila kelihatan pasukan pengunjung lebih banyak memberi ancaman, Ernesto Valverde akhirnya memasukkan Phillipe Coutinho dengan mengantikan Vidal yang tidak berapa membantu pada minit ke 57,

Photo by:Wixsports.com

Messi berjaya mengambil melepaskan sepakan 20 meter yang akhirnya memaksa Domenech untuk menumbuk keluar, tetapi penjaga gol itu tidak berjaya menepis cubaan Suarez yang menanduk selepas bola di tumbuk keluar itu menghala kearahnya.

Photo by: beIN Sports

Tidak banyak yang boleh dilihat dari Valencia apabila mereka seakan-akan tersentak dan sedikit tenggelam oleh kerana gol dari Suarez itu. Perlawanan berakhir dengan banyak percubaan yang dilakukan oleh Coutinho yang kelihatan seronok melakukan serangan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments