Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKKemusykilan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

Kemusykilan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

Pada 22 Disember yang lalu telah berlangsungnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya. ABK 2017 mengiktiraf pemain-pemain bola sepak dalam saingan Liga Malaysia 2017.

Walaupun telah berakhirnya ABK 2017, pelbagai pertikaian mula timbul terhadap ABK 2017 apabila beberapa nama besar dalam bola sepak negara tidak disenarai pendek sebagai calon penerima anugerah. Berikut kami senaraikan antara isu yang terdapat kemusykilan bagi kami di Sportivo.

Pemain ‘Best XI’ Tidak Disenarai Pendek

Timbul juga pelbagai persoalan dari kami di Sportivo apabila pemain-pemain tersenarai dalam ‘Best XI’ tidak tersenarai dalam senarai pendek tiga pemain untuk anugerah di setiap posisi.

Berikut adalah senarai pemain ‘Best XI’ yang diumumkan dalam anugerah tersebut.

Penjaga Gol : Ifwat Akmal Che Kassim (Kedah)
Pertahanan : Matthew Davies (Pahang)
Pertahanan : Fadhli Shas (Johor Darul Ta’zim)
Pertahanan : Thiago Aquino (Perak)
Pertahanan : Rizal Ghazali (Kedah)
Tengah : Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim)
Tengah : Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim)
Tengah : Liridon Krasniqi (Kedah)
Tengah : Badroll Bakhtiar (Kedah)
Penyerang : Shahrel Fikri (PKNP)
Penyerang : Mohammed Ghaddar (Kelantan / Johor Darul Ta’zim)

Best XI ABK2017

Jika dilhat pada senarai di atas, di posisi pertahanan tiga pemain tempatan tersenarai dalam kesebelasan tersebut. Matthew Davies. Rizal Ghazali dan juga Fadhli Shas secara kasarnya patut tersenarai sebagai calon bagi kategori Pertahanan Terbaik, namun Fadhli Shas tidak tercalon manakala Shukor Adan yang tidak tersenarai  dalam ‘Best XI’ pula disenarai pendek.

Begitu juga untuk kategori Pemain Tengah terbaik. Safiq Rahim dan Natxo Insa langsung tiada dalam senarai pendek pencalonan pemain tengah. Hanya Baddrol Bakhtiar dari ‘Best XI’ yang tersenarai sebagai tiga calon terakhir untuk anugerah pemain tengah. Selain Baddrol Nor Azam Azih dan Syazwan Zainon menjadi calon akhir.

Tiada Calon Dari Juara Dua Piala Utama

Persoalan mula timbul apabila tiada langsung kategori yang menyenaraikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai dua kejuaraan utama pada tahun ini. Kecemerlangan JDT tidak dapat dinafikan apabila merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke empat berturut-turut dan Piala Malaysia. Dua kejuaraan ini pastinya menjadi musim yang cemerlang buat pemain-pemain JDT.

JDT Juara Piala Malaysia 2017

Walaubagaimanapun agak malang buat JDT apabila tiada pemain mereka yang disenarai pendek sebagai calon pemenang anugerah. Jika dilihat statistik, JDT mempunyai rekod bolos paling kurang dalam saingan musim ini. Berdasarkan statistik itu, secara kasarnya pasti ada calon untuk kategori penjaga gol ataupun pertahanan terbaik dari JDT. Walau  bukan untuk menerima anugerah, kami berpendapat beberapa pemain JDT layak disenarai pendek.

Mekanisme Pengundian

Pada peringkat awal, FMLLP telah menyenaraikan pemain yang layak berdasarkan kriteria minimum pemilihan. Berdasarkan senarai yang dikemukakan FMLLP ahli jawatankuasa saringan memilih 10 calon terbaik sebelum 3 calon terbaik yang disaring akan diundi oleh ketua jurulatih, ketua pasukan dan wakil media.

Dalam edisi kali ini, terdapat 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media diberi tanggunjawab untuk membuat undian. Antara syarat utama adalah setiap jurulatih dan ketua pasukan tidak boleh memilih calon dari pasukan mereka. Ianya merupakan langkah yang baik bagi mengelakkan ‘favouratism’.

ABK 2017 Mekanisme

Walaubagaimanapun bagi kami di Sportivo, mekanisme undian perlu dikaji semula. Ini adalah kerana pada pandangan kami sekiranya undian dilakukan seseorang yang mempunyai masalah dengan pemain / pasukan, pastinya ia bukan sesuatu undian yang telus. Kecenderungan pengundi untuk tidak memilih calon yang mempunyai masalah dengan mereka amatlah tinggi. Bayangkan sekiranya separuh daripada pengundi mempunyai masalah dengan pemain / pasukan yang sama.

Pandangan Sportivo

Kami di Sportivo berpandangan, FMLLP seharusnya di nilai berdasarkan statistik. Sekiranya FMLLP tidak mempunyai kepakaran dalam menguruskan statistik ini, mereka seharusnya melantik agensi yang lebih pakar. Dengan adanya statistik pemain yang lengkap, pastinya pemilihan pemain untuk anugerah adalah lebih tepat berbanding dengan mekanisme undian.

Walau apapun, bukanlah niat kami untuk mempersoalkan kemenangan pemenang-pemenang anugerah pada malam tersebut. Artikel ini hanyalah sekadar pendapat yang mungkin boleh dipertimbangkan dimasa hadapan.

Akhir kata, Tahniah buat semua pemenang ABK 2017.

Baca juga:4 Pemain Bawah 23 Antara Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments