Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKFelcra FC Dapat Khidmat Jurulatih Brazil

Felcra FC Dapat Khidmat Jurulatih Brazil

Walaupun hanya menamatkan saingan di peringkat separuh akhir Liga FAM musim ini, nama Felcra FC di angkat FMLLP selepas penarikan diri Sime Darby FC. Felcra FC yang bakal menjadi pendatang baru Liga Perdana musim hadapan tampak serius bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mendapat sentuhan jurulatih dari Brazil, Tarcisio Pugliese.

Tarcisio Puglies signed Felcra FC

Pugliese dijangka bakal menerapkan corak samba yang popular di Brazil buat anak-anak buahnya di Felcra FC bagi menghadapi kancah Liga Malaysia. Jurulatih berusia 37 tahun itu di lihat telah memulakan latihan bersama Felcra FC beberapa hari lalu. Hal ini jelas menunjukkan kesungguhan Felcra FC untuk memberi saingan dalam Liga Perdana.

Berikut adalah serba sedikit profil Tarcisio Puglies:

  • Nama penuh: Tarcísio Pugliese Barbulio
  • Tarikh lahir : 8 Ogos 1980
  • Tempat lahir : Sao Paolo, Brazil

Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Fizikal dan Perubatan Sukan dari Unicamp, Pugliese memulakan karier beliau dalam bola sepak pada tahun 1999 sebagai pembantu teknikal dalam kategori asas di Ponte Preta FC. Kemudian beliau meneruskan kerjayanya di beberapa kelab di Brazil sebagai Pelatih Fizikal sehingga 2006 sebelum memulakan kerjaya beliau selaku jurulatih bersama Guacuano yang berpengkalan di Sao Paolo.

Tarcisio Pugliese

Antara pencapaian Pugliese adalah memenangi dua gelaran bersama Luverdense pada tahun 2007 dan 2009. Pada tahun 2014, beliau membawa Icasa menjuarai Piala Padre Cicero. Beliau kemudian menyambung kariernya bersama Ituano untuk meulakan musim yang cemerlang sebelum tumpas kepada  Maranhao melalui sepakan penalti dalam pusingan 16 pasukan Serie D, Brazil.

Kecemerlangan beliau di Brazil pastinya memberikan suntkan semangat buat pemain-pemain Felcra FC. Semoga Pugliese berjaya membawa Felcra FC ke tahap terbaik.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments