Wednesday, June 19, 2024
HomeBADMINTONChong Wei Feng dan Daren Liew Mara Di Terbuka Macau

Chong Wei Feng dan Daren Liew Mara Di Terbuka Macau

DUA pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren memperaga aksi memberangsangkan apabila berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka Macau, hari ini.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Tap Seac Multisport Pavilion, Wei Feng yang juga pilihan ketujuh tidak berdepan masalah mengetepikan pemain Amerika Syarikat, Lee Hock Lai 21-12, 21-14.

Daren yang diletakkan selaku pilihan ke-11 turut merakam kemenangan ‘straight-set’ ke atas pemain Thailand, Mek Narongrit menerusi keputusan 21-19, 21-11.

Wei Feng akan bertemu pemain Indonesia, Panji Ahmad Maulana sementara Daren bakal berdepan pemain Jepun, Koki Watanabe.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa dua pemain negara apabila Cheam June Wei tumpas 21-13, 21-16 di tangan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il sementara R Satheishtharan ditundukkan pemain Chinese Taipei, Shih Kuei-chun dengan keputusan 21-11, 21-14.

Beberapa pemain negara yang lain akan beraksi pada pusingan pertama esok iaitu perseorangan wanita, Ho Yen Mei; beregu wanita Im Yin Loo-Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan juga Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments