Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKArsenal Pesta Gol

Arsenal Pesta Gol

‘Hat-Trick’ dari Ramsey mendominasi Everton. Kemenangan 5-1 di Emirates Stadium semasa Liga Perdana Inggeris pagi tadi membuktikan satu lagi perpindahan yang berhasil dari jendela perpindahan Januari selepas Dortmund.

 

Hasil jaringan dari Ramsey, Koscielny dan Aubameyang (debutnya) merapatkan jurang Arsenal dengan  penghuni tangga ke-lima, Tottenham, dengan hanya 3 mata. Calvert-Lewin juga menjaringkan gol saguhati buat ‘the Toffees’.

 

Laporan penuh perlawanan

 

Everton terpaksa menghadapi barisan pemain yang agak sukar oleh Sam Allardyce kehilangan dua tonggak utama iaitu Wayne Rooney dan Gylfi Sigurdsson. The Toffees di buli sepenuhya di bahagian tengah hingga tidak mampu mendapatkan bola.

 

Dengan posisi yang agak kuat, Arsenal mendahului jaringan adalah bukan suatu perkara yang mengejutkan. Pemain baru Arsenal, Auba dan Mkhitaryan bersatu mencipta langkah untuk memberi ruang bagi ramsey menjaringkan 6 meter gol.

 

Photo by: Mirror.uk

Mkhitaryan kemudian mencuba nasib melalui hantaran 25 meter dari gol sebelum kesilapan bahagian pertahanan Everton membuka ruang buat Auba, malangnya, tendangannya di tepis keluar oleh Ashley Williams.

 

Walaubagaimanapu, skuad tuan rumah mendapat gol kedua hasil dari sepakan penjuru oleh Shkodran Mustafi yang menemui Koscielny di bahagian tengah. Tandukan percuma dan agak lemah berjaya memecah gawang Everton di minit ke 14.

 

Photo by: Daily Mail

Peluang untuk Toffees semakin tipis dengan cepat apabila Arsenal menemui jaringan ke tiga. Kalini cubaan nasib tendangan jarak jauh oleh Ramsey, di bantu pantulan oleh Eliaquim Mangala, menyebabkan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, memilih arah yang salah pada minit ke 19.

 

Gol keempat agak lambat tetapi masih tidak mengejutkan. The Toffees masih tidak menampakkan impak pada separuh masa pertama. Sekali lagi, anggap sahaja Arsenal bernasib baik apabila hantaran leret Mkhitaryan menemui Auba yang berada dalam keadaan offside sebelum ‘chip’ melepasi Pickford.

Photo by: Pain in the Arsenal

Sebarang keraguan tentang pertukaran di buat Sam disangkal dengan cepat apabila Calvert-Lewin mendapatkan jaringan saguhati hasil tandukan lemah pada minit ke 61. Cuco Martina membuat hantaran lintang dari sebelah kiri padang melepas Mustafi sebelum menemui striker itu.

 

Walaubagaimanapun, rasa lega Everton telah hilang apabila Ramsey melengkapkan hat-trick pertama dalam kariernya di Arsenal pada minit ke 74 sebelum ditukarkan dengan Jack Wilshere. Perlawanan tamat dengan kekal 5-1.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments