Tuesday, June 25, 2024
HomeBERITA SEMASASwitzerland Dan Croatia Layak Ke Piala Dunia 2018

Switzerland Dan Croatia Layak Ke Piala Dunia 2018

Switzerland Layak Ke Piala Dunia Empat Kali Berturut-turut Selepas Seri Dengan Ireland Utara

Ireland Utara hanya mampu melihat impian mereka untuk ke Piala Dunia 2018 terkubur pagi tadi. Walaupun keputusan penalti yang kontroversi kepada Switzerland tiga hari sebelum itu namun itu sudah cukup untuk membawa Switzerland ke Russia tahun hadapan.

Pasukan Ireland Utara ini akan pasti mengambil masa bertahun lama untuk melupakan keputusan pengadil Ovidiu Hategan untuk memberikan sepakan penalti susulan dari bola yang terkena tangan Corry Evans di Windsor Park yang menyebabkan mereka gagal menghilangkan kelebihan yang dimiliki pasukan Switzerland dengan keputusan seri 0-0 di St Jakob-Park.

Pasukan yang dilatih Michael O’Neill ini tewas dengan semangat melawan yang tinggi dengan semangat yang hebat yang ingin di terapkan beliau yang nampak nya akan berakhir setelah apa yang beliau lakukan untuk membawa negara kecil ini ke Piala Dunia pertama mereka sejak dari 32 tahun yang dulu.

Perjalanan pasukan ini mungkin bersambung jika tandukan pada masa kecederaan oleh Jonny Evans tidak dikeluarkan di atas garisan oleh Ricardo Rodriguez, yang merupakan pemain yang menyempurnakan sepakan penalti di Belfast dan membawa Switzerland ke Piala Dunia ke 4 yang berturut buat mereka.

Croatia Layak Ke Piala Dunia Dengan Mudah Selepas Seri Dengan Greece

Selepas Switzerland, Croatia adalah pasukan seterusnya yang telah melayakkan ke Piala Dunia 2018 tahun hadapan. Beraksi di hadapan penyokong Greece, pasukan Croatia sekadar mencatatkan keputusan seri selepas memenangi perlawanan pertama 4-1.

Dengan agregat 4-1 sudah memadai untuk pasukan Croatia layak ke Piala Dunia tahun hadapan. Dengan barisan pemain bintang yang mereka ada seperti Luka Modric, Mario Mandzukic dan Dejan Lovren memang sepatutnya mereka layak ke Piala Dunia.

Walaupun sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan Greece pada pagi tadi ia sudah cukup untuk membuktikan pasukan Croatia lebih layak ke Russia tahun hadapan.

Tahniah Untuk Pasukan Croatia dan Switzerland

Kami di Sportivo ingin mengucapkan tahniah untuk dua pasukan ini yang sememangnya layak untuk ke Piala Dunia tahun hadapan. Di harapkan mereka mampu memberikan saingan yang sengit nanti.

Jom kita tengok video pasukan Croatia :

Jom kita tengok video pasukan Switzerland :

Baca juga : Video : Bagaimana Napoli Mendahului Serie A 2017/18

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments