Tuesday, June 25, 2024
HomeSEPAK TAKRAWSepak Takraw League Menetup Tirai, Penang Black Panthers Mengetuai Cabaran ke STL...

Sepak Takraw League Menetup Tirai, Penang Black Panthers Mengetuai Cabaran ke STL Champions Cup

Saingan “Sepak Takraw League (STL)” menutup tirai malam tadi. Penang Black Panthers yang telahpun dinobatkan sebagai juara minggu lalu dengan permainan masih berbaki 2 perlawanan. Minggu ini Penang Black Panther merehatkan 2 pemain utama mereka Syahir dan Azlan dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur Thunder dan Selangor Pistons.

Keputusan merehatkan Syahir dan Azlan ternyata memberi kelebihan buat Kuala Lumpur Thunder apabila berjaya menewaskan Penang Black Panthers 21-17, 25-24. Walaubagaimanapun kedudukan tersebut tidak menggugat kedudukan Penang Black Panthers di takhta liga.

Penang Black Panthers Champions

Barisan pemain yang sama digunakan Penang Black Panthers ketika menentang Selangor Pistons namun berjaya mencatat kemenangan 21-13, 22-20. Walaubagaimanapun kemenangan ini hanyalah pelengkap jadual buat Penang Black Panthers yang telahpun mengesahkan kejuaraan.

Naib Juara STL berjaya disandang Kuala Lumpur Thunder. Ternyata kemenangan ke atas Penang Black Panthers pada hari Jumaat berjaya menaikkan semangat Kuala Lumpur Thunder yang berdepan Perak Bison pada hari Ahad. Kuala Lumpur Thunder berjaya menewaskan Perak Bison dalam saingan 2 set dengan mata 21-15, 22-20 sekaligus merampas kedudukan tangga kedua daripada Perak Bison.

KL Thunders

Ternyata kekalahan Perak Bisons ke atas Kuala Lumpur Thunder menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-3. Walaupun sebelum itu Perak Bisons berjaya menundukkan Terengganu dalam saingan 3 set dengan mata 21-13, 23-21 dan 21-16 pada hari Sabtu namun kekalahan kepada Kuala Lumpur Thunder merencatkan hasrat mereka untuk bergelar naib juara.

Perlawanan penutup STL musim ini menemukan Kelantan Warriors dengan Terengganu Turtles. Kelantan Warriors yang mempunyai harapan untuk memintas Perak Bison di tangga ketiga ketika itu perlukan kemenangan untuk merebut slot terakhir ke ‘STL Champions Cup’.

Walaubagaimanapun Terengganu Turtles merencatkan harapan Kelantan Warriors apabila memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu. Perlawanan yang disulami dengan beberapa ‘ rally’ yang menarik itu akhirnya dimenangi Terengganu Turtles dengan mata 22-20, 19-21 dan 23-21. Kekalahan Kelantan Warriors meletakkan mereka ditangga ke-4 dan gagal merebut tempat ke saingan ‘STL Champions Cup’.

Melaka Titans

Satu lagi slot ke saingan ‘STL Champions Cup’ di isi oleh Melaka Titans yang berjaya mengungguli saingan Divisyen 1. PDRM Defenders menghuni tangga ke-2 sainagn Divisyen 1 dan diekori Putrajaya Cyborg dan Pahang Mammoth di tangga ke-3 dan 4.

Saingan ‘STL Champions Cup’ bakal bermula minggu hadapan dengan 4 wakil negara bakal menghadapi saingan wakil dari Thailand, Singapura, India dan Indonesia. ‘STL Champions Cup’ bakal bermula 24 November dan berakhir 3 Disember akan datang.

Malam tadi juga berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah untuk saingan Premier STL. Selain hadiah kepada juara dan naib juara yang dimenangi Penag Black Panthes dan Kuala Lumpur Thunder, penyampaian hadiah kepada pemain terbaik kejohanan juga dilangsungkan.

STL Best Player-Premier

Aidil Azman Zawawi dari Kelantan Warriors dinobatkan sebagai ‘feeder’ terbaik kejohanan manakala Fadzil Mustada dari Perak Bisons dianugerahlan ‘killer’ terbaik kejohanan. Tekong Penag Black Panthers yang juga tekong pasukan kebangsaan, Syahir Rosdi dinobatkan selaku tekong terbaik dan pemain paling berharga dalam kejohanan STL musim ini.

Berikut adalah senarai pemenang STL musim ini:

STL Premier 2017

Juara : Penang Black Panthers
Naib Juara : Kuala Lumpur Thunder
Tempat ke-3 : Perak Bison
Tempat ke-4 : Kelantan Warriors

Tekong Terbaik : Syahir Rosdi (Penang Black Panthers)
Killer Terbaik : Muhammad Fadzil Mustafa (Perak Bison)
Feeder Terbaik : Aidil Aiman (Kelantan Warriors)

Pemain Paling Bernilai STL 2017: Syahir Rosdi (Penang Black Panthers)

STL Division 1 2017

Juara : Melaka Titans
Naib Juara : PDRM Defenders
Tempat ke-3 : Putrajaya Cyborg
Tempat ke-4 : Pahang Mammoth

STL Best Player-Division 1

Tekong Terbaik : Sahidan Ali (Melaka Titans)
Killer Terbaik : Hafiz (PDRM Defenders)
Feeder Terbaik : Adli Abu Bakar (Pahang Mammoth)

Pasukan yang layak ke STL Champions Cup

Penang Black Panthers
Kuala Lumpur Thunders
Perak Bisons
Melaka Titans

Baca juga : Penang Black Panthers Pertahan Kejuaraan Sepak Takraw League (STL)

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments