Tuesday, June 25, 2024
HomeBERITA SEMASAS. Kumar Positif Sibutramine, Apa Itu Sibutramine?

S. Kumar Positif Sibutramine, Apa Itu Sibutramine?

Kem hoki negara semalam dikejutkan dengan berita berkenaan penjaga gol berpengalaman negara S. Kumar yang positif uijian doping ketika Kejohanan Piala Asia 2017 yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh Oktober lalu.

Keputusan itu diumumkan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, semalam selepas menerima surat daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Selasa lalu. Menurut Datuk Seri Subhan, S. Kumar positif ujian doping jenis sibutramine.

S. Kumar Doping 2

Menurut S. Kumar, beliau sungguh terkejut dengan keputusan tersebut. Kumar yang masih ingin menakbur bakti bersama skuad hoki negara berhasrat untuk membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik 2020 dengan menjuarai Sukan Asia 2018.

S. Kumar berani tampil membela diri memohon untuk dibicarakan mengharapkan hukuman dua tahun mampu dikurangkan. Ini adalah kerana permohonan untuk ujian sampel B akan lebih mengambil masa dan melambatkan proses.

Apa Itu Sibutramine?

Berikutan kes ini kami mencari apa itu sibutramine.

Sibutramine  adalah bahan yang tersenarai dalam bahan yang terlarang untuk digunakan sewaktu pertandingan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Sibutramine digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat badan. Ia berfungsi dengan mengubah kandungan “neurotransmitter” di dalam badan yang menyekat selera makan.
Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’. Penjualannya telahpun diharamkan di Malaysia sejak tahun 2010 kerana ia berupaya meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

Atlit Dan Supplement Tambahan

Walaupun telah diharamkan penggunaannya, sibutramine sering dicampurkan didalam produk-produk tidak berdaftar dan mudah didapati secara ‘online’. Hal ini mendedahkan atlit kepada bahan-bahan terlarang yang terkandung dalam produk-produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kes seperti ini selalu terjadi. Jadi, mereka perlu berhati-hati dan kami nasihatkan hanya ambil pil makanan tambahan atau ubat-ubatan daripada ISN (Institut Sukan Negara) sahaja bagi mengurangkan risiko gagal ujian doping ketika pertandingan.

Atlit Yang Pernah Gagal Ujian Doping

Selain isu S. Kumar ini, seorang atlit negara disahkan gagal ujian doping ketika temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 yang lalu. Beliau adalah Ng Yan Yee yang memenanangi pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal wanita dan dan 3 meter papan anjal berirama. Ini mengakibatkan dua pingat emas yang diterima itu ditarik balik.

Atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor juga gagal ujian doping ketika meyertai Kejohanan Angkat Berat di Melbourne. Hafifi Mansor  didapati positif menggunakan bahan terlarang – “anabolic steroid oxymetholone” . Oxymetholone merupakan bahan untuk meningkatkan prestasi yang meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan menggalakkan pertumbuhan otot.

Hafifi Mansor Angkat Berat

Pada tahun 2015, Datuk Lee Chong Wei digantung 8 bulan daripada arena badminton setelah gagal ujian doping ketika Kejohanan Dunia yang berlangsung di Copenhagen pada Ogos 2015. Chong Wei didapati positif deksametason selepas ujian sample B.

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad kantoi 2 steroid kelas S1 (Anabolic Agents) dan digantung empat tahun dari menyertai sebarang kejohanan.

sazali samad bina badan

Selain itu, pada tahun 2014 isu doping dicanang di media apabila atlet wushu Sukan Asia, Tai Cheau Xuen positif dadah jenis ‘Sibutramine’ yang mengakibatkan figura tersebut kehilangan pingat emas yang diraihnya.

Berdasarkan beberapa kes diatas, kami berharap atlet negara lebih berhati-hati dalam memilih supplemen tambahan dan terlebih dahulu mengkaji kandungannya untuk menghindarkan daripada positif doping pada masa akan datang.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments