Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKPKNS Rampas Takhta Liga Buat Sementara Selepas Tundukkan Kelantan

PKNS Rampas Takhta Liga Buat Sementara Selepas Tundukkan Kelantan

Perlawanan ke lima Liga Super mempertemukan PKNS FC dengan pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam. Kedua-dua pasukan merencanakan formasi 4-4-2 dalam pertembungan malam ini.

K. Rajagobal mempertaruhkan Romel Oswaldo Ramirez dan Rafael Ramazotti untuk menggempur kubu Kelantan. Manakala pengendali sementara Kelantan, Yusri Chelah meletakkan harapan kepada Mohammad Ghaddar dan Bruno Soares.

Separuh Masa Pertama

Percubaan pertama buat Kelantan hadir pada minit ke-3 apabila Bruno Soares melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun tepat ke dakapan penjaga gol PKNS.

Minit ke-7 menyaksikan Mohammad Ghadar berjaya melepasi pertahanan lawan bagi berdepan dengan Sharil Saari. Walaubagaimanapun tindakan pantas penjaga gol PKNS itu berjaya menafikan rembatan Ghaddar.

Gerakan pantas pasukan PKNS berjaya mengatur serangan. Faris Ramli yang bergerak dikawasan sebelah kanan berjaya meeldak rembatan namun ianya sekadar menggegar tiang gol pasukan Kelantan pada minit ke-14.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor

PKNS sekali lagi mengatur serangan selepas Romel Oswaldo Ramirez, Mahali Jasuli dan Rafael Ramazotti bertukar hantaran, namun sentuhan terakhir Mahali melambung tinggi melewati palang gol pada minit ke-20.

Perlawanan kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan. Walaubagaimanapun masing-masing masih gagal menemui gawang lawan.

Minit ke-29 menyaksikan Badhri Radzi berjaya melakukan rembatan deras selepas Ghaddar melakukan “set up” di dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun rembatan tersebut sedikit tinggi melepasi palang gol.

Faris Shah melakukan percubaan jarak jauh pada minit ke-36 namun ianya gagal menepati sasaran kerana sedikit tinggi.

Gol akhirnya hadir buat PKNS apabila pemain import dari Singapura berjaya melakukan percubaan kali kedua selepas percubaan pertama beliau yang menanduk hantaran Jonathan Leonell Acosta berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat. Walaubagaimanapun tindakan pantas Faris Ramli berjaya menolak masuk bola muntah tersebut untuk gol pertama PKNS pada minit ke-40.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor

Satu minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan. Namun tiada tambahan jarngan berjaya dilakukan. Tamat separuh masa pertama PKNS mendahului dengan satu gol.

Separuh Masa Kedua

Perlawanan di imulakan pasukan Kelantan pada separuh masa kedua. Walaubagaimanapun, PKNS terlebih dahulu mencipta peluang apabila hantan Ramirez cuba mencari Fais Ramli didalam kotak penalti menerusi hantaran tinggi. Walaubagaimanapun tindakan pantas Khairul Fahmi Che Mat mengagalkan usaha tersebut pada minit ke-50.

PKNS sekali lagi berjaya melakukan serangan pada minit ke-53. Kali ini menerusi “counter attack” yang dimulakan Jontahan Leonel Acosta bersama Ramirez. Walaubagaimanapun percubaan yang dilakukan Romazotti berjaya ditampan Khairul Fahmi Che Mat.

Seminit selepas itu, Qayyum melakukan lambungan ke “far-post” gawang Kelantan dari sebelah kiri. Mujur Khairul Fahmi berjaya menidakkan bola tersebut daripada menerjah gawang Kelantan.

Kelantan melakukan pertukaran pertama pada minit ke-59 apabila memasukkan  Nik Shahrul Azim bagi menggantikan Faris Shah.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

PKNS dilihat meneruskan penguasaan permainan manakala Kelantan gagal menjana serangan-serangan yang berbahaya.

Kelantan dihadiahkan sepakan percuma pada minit ke-68 apabila Dong Dohyun dijatuhkan Rodney. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil oleh Dong Dohyun tersebut berjaya diselamatkan penjaga gol PKNS.

PKNS melakukan pertukaran pertama dengan memasukkan K.Gurusamy bagi menggantikan Qayyum. Manakala Kelantan mengeluarkan Bruno Soares untuk digantikan dengan Norfarhan Mohamad pada minit ke-70.

Satu lagi pertukaran dilakukan PKNS apabila mengeluarkan Mahali Jasuli yang bermain dibahagian sayap kanan dan digantikan oleh penyerang muda negara, Jaffry Firdaaus Chew pada minit ke-78.

Kelantan merubah corak serangan dengan menggunakan hantaran jauh bagi mencari “target man” mereka Mohamad Ghaddar. Namun usaha yang dilakukan masih gagal menembusi pertahanan  lawan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Kelantan melakukan terakhir dengan memasukkan Shafiq Sharudin bagi menggantikan Badri Radzi. Kemasukkan Shafiq yang dilihat cuba memperkuatkan barisan serangan.

Kontroversi timbul apabila Kelantan hampir dihadiahkan sepakan penalti setelah percubaan Norfarhan Mohamad terkena tangan K. Gurusamy. Walaubagaimanapun perbincangan pengadil perlawanan dengan pembantunya mengesahkan kedudukan K.Gurusamy diluar kotak penalti dan Kelantan sekadar menerima sepakan percuma. Sepakan

Lima  minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan gagal dimanfaatkankan kedua-dua pasukan. PKNS mengesahkan kemenangan 1-0 keatas pasukan Kelantan.

Keputusan ini meletakkan PKNS di tangga teratas liga setakat malam ini memintas JDT sebelum JDT menghadapi Terengganu pada malam esok

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments