Tuesday, June 25, 2024
HomeHOKIPemain Negara Rebutan Kelab Luar Negara

Pemain Negara Rebutan Kelab Luar Negara

Oman mencari formula untuk bersaing dalam kancah hoki dunia kali ini mereka sekali lagi “memborong” pemain-pemain hoki tempatan untuk bermain di kelab mereka untuk bersaing dalam Liga Kebangsaan Oman.

Oman yang berada kedudukan No.32 ranking dunia, bagi mereka dengan mengambil pemain import yang lebih tinggi dapat membantu mereka untuk penambah baikan mutu permainan mereka.

hoki, syamim yusoff

Kini Giliran Mohd. Syamim Mohd. Yusoff pula di sunting untuk menyarung jersi Al Seeb. Syamim baru sahaja pulang dari berkelana di Italy enggan melepas peluang untuk beraksi di Piala Hoki Sultan Qaboos akan berlangsung sehingga 20 December 2017.

Selain dari Syamim, ‘mesin gol’ pasukan kebangsaan Faizal Saari juga dijemput untuk mewakili Kelab Hoki Sohar selama sebulan bersama Faizal  ketika ini Muhammad Hafiz Zainol serta G. Kavin Kartik juga telah bersama dengan pasukan tersebut.

‘Arkitek tengah skuad negara’ Mohd. Fitri Saari juga telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) semalam untuk menyarung jersi kelab Al Seeb selama sebulan.

hoki, fitri saari

Bagi Syamim, 25,  merupakan bintang hoki bagi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) enggan melepas kan peluang ini mahupun beliau baru sahaja pulang dari Italy selepas berkelana selama 3 bulan disana untuk berbakti dalam pasukan  Pistoia dalam saingan divisyen dua Itali.

“Niat saya ke Oman sama seperti di Itali iaitu memastikan saya sentiasa berada pada tahap kecergasan terbaik agar dapat kembali menemui sentuhan lama.

“Saya mahu terus beraksi dengan cemerlang sebelum bermula saingan Liga Hoki Malaysia tahun depan. Ini antara inisiatif yang saya boleh lakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Syamim masih optimis dan berazam untuk kembali menyarung jersi pasukan Malaysia dijangka akan bertolak ke Oman pada keesokan hari nya.

hoki, razie rahim

Difahamkan, selain Syamim, turut mendapat tawaran ke Oman ialah ‘pakar flick’ skuad negara, Muhammad Razie Abd. Rahim, Dedy Ariyadi Jumaidi dan Shazrul Imran Nazli.

Semoga mereka Berjaya disana, sekali gus pengalaman mereka itu nanti bakal membantu dan meningkatkan prestasi skuad negara kita.

Sumber: Malaysian Hockey Team Fan Page, Oleh Muhammad Zuhaily Badlishah

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments