Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPemain ke-3 Dalam Perpindahan Berangkai Dortmund, Arsenal dan Chelsea

Pemain ke-3 Dalam Perpindahan Berangkai Dortmund, Arsenal dan Chelsea

Dua ‘debut’ pemain dalam rangkaian tersebut sudah berhasil. Batshu telah menjaringkan dua gol manakala Auba berjaya mendapatkan jaringan tunggal dalam debutnya. Tinggal satu lagi pemain yang memerlukan gol untuk merealisasikan perpindahan ini.

Olivier Giroud menyatakan yang perpindahannya ke Chelsea ialah suatu perkara yang ‘masuk akal’ berikutan kelab lamanya menandatangani Piere-Emerick Aubameyang.

Ia sememangnya masuk akal bagi saya untuk mengambil Jalan baru dalam karier saya. Ada beberapa perkara yang mengecewakan, akan tetapi saya menghadapi lima tahun yang luar biasa di sana

Kata Giroud kepada Telefoot

Saya boleh kekal di sana, tetapi saya perlukan Jalan penyelesaian untuk saya kembali ke dalam padang. Saya ingin kekal di Liga Premier dan Chelsea ada peluang yang terbaik buat saya.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, sedang mencari penyerang sepanjang waktu perpindahan Januari itu, kelihatan dia menyatakan beberapa pemain seperti Edin Dzeko (Roma), Andy Carrol ( West Ham) dan Peter Crouch (Stoke City).

Secara faktanya, jurulatih itu sedang mencari penyerang baru dan Auba yang menandatangani di Arsenal merupakan top 3 penyerang, dengan itu saya memilih untuk pergi.

Tambah Giroud Lagi

Pilihan saya sememangnya jelas dan nyata. perbualan adalah lebih penting, saya tahu Conte menghargai profil saya, kami akan bekerja bersama. [Alvaro Morata dan saya] adalah dua penyerang utama yang bagus di Chelsea. ianya akan menjadi sesuatu yang menyeronokan.

Giroud juga mengaku bahawa itu adalayh salah satu peluangnya untuk bermain bersama Perancis untuk piala dunia tahun ini agak seimbang kerana dia menjaringkan 4 gol dalam 16 penampilannya bersama The Gunners musim ini.

dia juga telah bercakap dengan Deschamps dan dia mengaku perpindahan ke Chelsea ini adalah pilihanya. tiada paksaan dari sesiapa.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments