Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKParking Bas Negeri Sembilan Bocor Minit ke-120

Parking Bas Negeri Sembilan Bocor Minit ke-120

Perlawanan pusingan kedua Piala FA mempertemukan juara bertahan, Kedah dengan pasukan Negeri Sembilan.

Kedah tidak menurunkan Pabo Pallares berikutan undang-undang Piala FA yang hanya membenarkan 4 pemain import sahaja dalam perlawanan. 4 slot import tersebut telah diisi Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Andik Vermansyah. Roman Marcote merencanakan formasi 4-3-3 dengan Sandro bertindak sebagai “false 9”.

Untuk Negeri Sembilan pula, ini merupakan perlawanan pertama dibawah kendalian Mohd Azrai Khor. Negeri sembilan hadir dengan formasi 4-5-1.

Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula dengan Kedah dilihat terus menguasai permainan dan tidak menunggu lama untuk melakukan serangan.

Sandro Da Silva berjaya melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-13 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Negeri Sembilan, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Kedah sekali lagi memperolehi peluang apabila Farhan Roslan dijatuhkan diluar kotak penalti pada minit ke-16 dan dihadiahkan sepakan percuma. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil Sandro tersebut mudah diselamatkan Muhammad Ilham.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Kedah dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan dengan melakukan gerakan-gerakan menarik dibahagian tengah, namun pertahanan kemas Negeri Sembilan sentiasa berjaya mengekang gerakan tersebut.

Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan kepada Mohd Aizrulidzuan pada minit ke-27 apabila beliau mengasari Muhammad Farhan Roslan.

Negeri Sembilan akhirnya berjaya melakukan serangan menerusi “counter attack pada minit ke-28 namun percubaan jarak jauh Mony Udom dari sebelah kanan tersasar.

Perlawanan banyak berlegar-legar dibahagian tengah walaupun kawalan bola jelas milik kedah namun mereka masih gagal menembusi pertahanan Negeri Sembilan.

Image may contain: 1 person, playing a sport, outdoor and text
Kredit imej: Kedah FA

Kedah sekali lagi memperolehi sepakan percuma pada minit ke-38 selepas Baddrol Bakhtiar dijatuhkan diluar kotak penalti. Sepakan percuma yang diambil Sandro Da Silva hampir menembusi gawang Negeri Sembilan namun sedikit tersasar dipenjuru atas sebelah kanan gawang Negeri Sembilan.

Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-41 melalui gerakan pantas dari sebelah kanan selepas Liridon melambungkan bola kehadapan gol dicabar Muhammad Ilham sebelum Andik Verman Shah menyambar.

Negeri Sembilan terpaksa melakukan pertukaran pertama pada minit ke-42 dengan memasukkan Mohammad Faizal Abu Bakar bagi menggantikan ketua pasukan mereka Kim Do-Heon.

Satu minit masa tambahan diberikan begawai perlawanan di penghujung babak pertama namun gagal dimanfaatkan kedua-dua pasukan.

Separuh Masa Kedua

Negeri Semblan memulakan permainan separuh masa kedua namun pantas dirampas Kedah untuk mereka mengatur serangan. Walaubagaimanapun Negeri Sembilan berjaya melakukan “counter attack” pada minit ke-48 selepas Alvaro Silva melakukan kesilapan dan bola dirampas Mony Udom. Walaubagaimanapun kegopohan Mony Udom berdepan situasi satu lawan satu dengan Ifwat Akmal menyebabkan rembatan beliau jauh tersasar.

Kedah dilihat meningkatkan tempo perlawanan dengan melakukan gerakan-gerakan pantas. Farhan Roslan memperolehi peluan pada minit ke-50 didalam kotak penalti namun tindakan pantas Muhammad Ilham keluar dari kawasannya menyelamatkan gawang Negeri Sembilan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Farhan Roslan sekali lagi menguji penjaga gol Negeri Sembilan dengan melakukan percubaan leret dari sebelah kanan kotak penalti namun Muhammad Ilham ternyata lebih bersedia pada minit ke-55.

Negeri Sembilan terpaksa melakukan kedua apabila Mohd AizulRidzwan Razali mengalami kecederaan dan digantikan oleh Aaron Kumar Ramaloo pada minit ke-58.

Gerakan hantaran pendek antara Liridon dan Sandro dalam kotak penalti pada minit ke-59 berjaya mencipta peluang namun Muhammad Ilham sekali lagi cemerlang menampan rembapatan deras Sandro.

Pertahanan Negeri Sembilan ternyata cemerlang apabila berjaya menafikan dua percubaan berturut-turut Farhan Roslan yang akhirnya melambung tinggi pada minit ke-61.

Kedah melakukan pertukaran pertama pada minit ke-66 dengan memasukkan Syazwan Zainon yang menggantikan Farhan Roslan.

Kedah mula mengendurkan serangan selepas minit ke-65 untuk lebih berhati-hati dalam mencari ruang. Ini serba sedikit memberi ruang buat Negeri Sembilan untuk mengatur serangan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Negeri Sembilan melakukan pertukaran terakhir pada minit ke-72 dengan memasukkan Muhammad Feris Daniel bagi menggantikan Mohd Khairul Izuan Rosli.

Percubaan buat Kedah sekali lagi dilakukan pada minit ke-77 kali ni menerusi Liridon Krasnoqi, Walaubagaimanapun percubaan dari luar kotak penalti itu tinggi melewati palang gol.

Seminit selepas itu giliran Badrrol Bakhtiar pula melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti namun Muhammad Ilham sekali lagi cemerlang menyelamatkannya.

Pemain gantian, Syazwan Zainon cuba melakukan percubaan dari dalam kotak penalti pada minit ke-82. namun ianya tersasar.

Kedah yan terus mengasak serangan bertali arus. Pada minit ke-85 hantaran lintan lintang rendah Andik Vermanshah berjaya dipintas Rode sebelum ianya sampai kepada Sandro yang berada dihadapan gol.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Sandro hampir berjaya menewaskan Muhammad Ildam pada minit ke-89 melalui sepakan leret dari sebelah kanan mencari “far post” namun sedikit tersasar.

Tiga minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan masih berakhir 0-0. Ini memaksa perlawanan diheret ke 30 minit masa tambahan.

Masa Tambahan

Sebaik bermula separuh masa pertama masa tambahan, Kedah terus cuba mengatur serangan. Walaubagaimanapun percubaan yang dilakukan Liridon pada minit ke-91 jauh tersasar.

Giliran Akram Mahinan pula melakukan percubaan pada minit ke-95 namun masih mampu menemui jaring gol Negeri Sembilan seleas ianya melambung tinggi.

Kedah melakukan kedua pada minitt ke-101 dengan memasukkan Amirul Hisham bagi menggantikan Akram Mahinan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Kedah yang tidak berputus asa terus melancarkan serangan demi serangan. Liridon mempunyai peluang pada minit ke-104 namun rembatannya juga tinggi melambung.

Bermula separuh masa kedua masa tambahan, Negeri Sembilan cuba mengatur serangan namun mudah dipatahkan. Sebaik bola diperolehi pemain Kedah, mereka terus mengatur serangan.

Andik Vermanshah meledak rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-107 namun sedikit tinggi melewati palang gol.

Walaupun diasak bertubi-tubi oleh Kedah, Negeri Sembilan tetap disiplin ketika bertahan untuk menyerap segala tekanan yang diberikan pasukan Kedah.

Berikutan kesukaran melepasi pertahanan Negeri Sembilan, Kedah memvariasikan percubaan dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Gerakan Sandro Da Silva berjaya menembusi pertahanan lawan apabila beliau menggelecek melepasi dua pertahanan Negeri Sembilan namu sepakan beliau selepas itu tepat ke dakapan Muhammad Ilham.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Kedah FA

Gol buat Kedah akhirnya hadir pada minit terakhir perlawanan apabila ianya disempurnakan Baddroll Bakhtiar yang menerima lorongan Syazwan Zainon. Gol tersebut ternyata membunuh semangat pemain Negeri Sembilan yang sangat berdisiplin sepanjang 119 minit perlawanan.

Kedah mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments