Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKNike Ordem 'V' Bola Rasmi Liga Malaysia

Nike Ordem ‘V’ Bola Rasmi Liga Malaysia

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) pada 11 Januari 2018 yang lalu telah mengumumkan bahawa “Nike Ordem ‘V'” sebagai bola rasmi yang akan diguna pakai untuk saingan Liga Malaysia 2018.

Menurut FMLLP bola “Nike Ordem ‘V'” mempunyai teknologi “Nike Aerowtac”, Rekaan “Motion Graphic”, “Air Flow”, “6 Wings Carbon Latex” dan banyak lagi. Di dalam video yang dimuat naik oleh FMLLP terdapat penerangan Pakar Produk, EKIN Malaysia Encik Afham Mohamad yang menerangkan fungsi setiap teknologi pada “Nike Ordem ‘V'” .

Berikut kami tulis semula fungsi teknologi yang ada pada “Nike Ordem ‘V'” untuk pengetahuan peminat bola sepak tanah air.

Nike Aerowtrac

Nike Aerowtrac
Kredit imej: R-GOL.com

Fungsi teknologi ini adalah sama seperti yang ada pada “Nike Ordem ‘IV'” yang digunakan dahulu. Alur yang ada pada bola tersebut menstabilkan bola ketika berada di udara. Ianya juga memberi lebih ketepatan kepada pemain yang menyepak bola tinggi.

Rekaan Grafik (Motion Graphic)

Grafik yang ada bola “Nike Ordem ‘V'” merupakan rekaan yang diberi nama “Motion Graphic”. Rekaan ini dibuat khas untuk bola ini lebih mudah kelihatan di atas padang. Ini merupakan aspek paling penting agar bola yang digunakan mudah dilihat oleh semua pemain tidak kira di atas padang atau di sepak ke udara.

Aliran Udara (Air Flow)

Jika dilihat pada bola tersebut, cantuman setiap elemen geomatriknya tidak seperti bola lain. Ketepatan geomatriknya membolehkan tekanan dalam bola dibahagikan sama rata ke setiap bahagian untuk mengoptimumkan bentuk bola tersebut.

Hasil carian imej untuk NIKE ORDEM V grip
Kredit imej: Unisportstore.com

6 Wings Carbon Latex

“Nike Ordem ‘V'” juga menggunakan “6 Wings Carbon Latex” yang memberikan ruang udara secukupnya dalam bola tersebut untuk memberikan daya kelajuan yang tinggi pada bola tersebut.

Kualiti

Dari segi kualiti, “Nike Ordem ‘V'” tidak perlu diragui kerana ianya telah mendapat kelulusan FIFA. Ianya juga digunakan dalam liga-liga utama di Eropah seperti Serie A, La Liga dan Liga Perdana Inggeris.

Material

Hasil carian imej untuk NIKE ORDEM V grip
Kredit imej: The Sun

Bola ini menggunakan 70% kulit sintetik, 20% menggunakan getah dan 10% kapas. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat “Nike Ordem ‘V'” akan memberikan rasa sentuhan yang optimum pada bola dan tindak balas yang maksima apabila ianya disepak.

Cengkaman Lebih Baik

Terdapat dakwat yang berbentuk 3 dimensi memberikan rasa pada tekstur bola yang meningkatkan cengkaman. Ianya dapat mebantu penjaga gol membuat tangkapan lebih kemas selain kawalan bola yang lebih baik oleh pemain terutama ketika padang licin atau basah.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments