Tuesday, June 25, 2024
HomeHOKIMHL : TNB Ungguli Liga, KLHC Terus Gagal Catat Kemenangan, THT Kenduri...

MHL : TNB Ungguli Liga, KLHC Terus Gagal Catat Kemenangan, THT Kenduri Gol

Semalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018 menyambung jadual dengan 3 perlawanan berlangsung.

TNB 3 – 1 TNB Thunderbolt

Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan kecemerlangan apabila mencatat kemenangan ketiga ke atas pasukan TNB Thunderbolts untuk mengungguli carta liga.

Skuad bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu mula mendahuli pasukan Thunderbolt seawal minit ke-11 apabila Norshafiq Sumantri menjaringkan gol melalui gerakan padang.

Image may contain: 6 people, people playing sports and people standing
Kredit imej: Laman Facebook “Malaysia Hockey Confederation”

Muhammad Hazim Amin Hafiz menyamakan kedudukan buat Thunderbolt empat minit selepas suku kedua bermula. Walaubgaimanapun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit selepas itu.

Perlawanan seolah-olah akan tamat dengan keputusan 2-1, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal terus menghukum Thunderbolt melalui pukulan sudut penalti di minit akhir perlawanan.

KLHC 3 – 3 UniKL

Dalam satu lagi perlawanan, Juara Piala Tan Sri Alagendra dan juga Piala Sumbangsih terus buntu mencari kemenangan apabila sekadar mencatat dua mata daripada tiga perlawanan setelah seri 3-3 dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) gagal mengekalkan kedudukan dimana mereka mendahului 3-0 pada suatu ketika.  KLHC mula mendahului pada suku kedua melalui jaringan padang Joshua Pollard pada minit ke-23 sebelum Mohd Syamim Mohd Yusof mrnggandakan kedudukan 4 minit selepas itu yang juga menerusi jaringan padang.

Muhammad Razie Abdul Rahim terus meletakkan KLHC dihadapan apabila menjarinkan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28.

Kredit imej: NST Sports

KLHC yang selesa mendahului tiga gol mula leka pada suku terakhir perlawanan. Kealpaan KLHC mula dihukum apabila Glenn Stewarts  Tunner menjaringkan gol pertama buat UniKL menerusi jaringan padang sejurus suku keempat bermula.

Gol  Glen Stewarts meningkan semangat pemain-pemain UniKL untuk terus mengejar kedudukan. Hasilnya Muhammad Marhan Mohd Jalil meledak gol kedua pada minit ke-54 juga melalui jaringan padang.

Jeroen Dolf Hertzberger meranapkan impian KLHC untuk mencatat kemenangan pertama apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-55 sekaligus mengikat kedudukan 3-3.

THT 5 – 1 Maybank

Terengganu Hockey Team (THT) mencatat kemenangan kedua semalam setelah menundukkan Maybank 5-1. Pesta gol buat THT dimulakan Faizak Saari pada minit ke-24 menerusi jaringan padang.

Walaubagaimanapun Maybank dihadiahkan pukula “penalty stroke” sebelum tamat separuh kedua yang berjaya disudahkan Wookey Oscar William untuk mengikat kedudukan 1-1. Faizal Saari sekali lagi meletakkan THT di hadapan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-41.

Image may contain: 3 people, people playing sports
Kredit imej: Laman Facebook “Malaysia Hockey Confederation”

Moritz Erhad menjarakkan kedudukan buat THT apabila menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-49 sebelum Gonzalo Peillat menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit selepas itu untuk gol ke empat THT.

Jaringan padang Muhammad Sufi Ismat pada minit ke-56 menutup pesta gol buat THT. THT mencatat kemenangan 5-1 untuk menghuni tangga kedua liga di belakang TNB.

Carta Liga:

No automatic alt text available.
Kredit imej: Laman Facebook “Malaysia Hockey Confederation”

Baca juga: MHL: TNB Kejutkan KLHC, UniKL Kenduri Gol, THT Benam Thunderbolt

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments