Friday, June 21, 2024
HomeMOTO GPKalendar Untuk MotoGP 2018

Kalendar Untuk MotoGP 2018

Berikutan layaknya Hafizh Syahrin untuk bermula dalam saingan MotoGP, rakyat Malaysia kian ghairah untuk mengetahui jadual perlumbaan MotoGP tersebut untuk mengikuti perkembangan pelumba pertama Malaysia dalam saingan tersebut.

Oleh yang demikian, kami di Sportivo membawakan jadual perlumbaan penuh dan litar yang bakal ditempuhi Hafizh Syahrin bersama Monster Yamaha Tech 3 selepas sesi ujian di Qatar pada 1 Mac.

Grand Prix of Qatar, 16-18 Mac 2018

Litar Antarabangsa Losail yang terletak di hujung Doha yang merupakan ibu negara Qatar. Litar sepanjang 5.4 kilometer ini mula digunakan pada yahun 2004 untuk aksi Malboro Grand Prix di Qatar pada 2 Oktober 2004.

Litar ini di kelilingi oleh rumput tiruan yang direka khas untuk mengelakkan pasir dari kawasan padang pasir betiup ke dalam litar. Mempunyai jalan lurus yang melebihi 1 kilometer, litar ini memiliki gabungan untuk selekoh berkelajuan tinggi dan sederhana dan  yang baik .

Pada tahun 2008, Qatar memulakan Grand Prix waktu malam yang pertama dalam sejarah selepas pembinaan lampu luar yang kekal. Perubahan perlumbaan pada waktu malam itu dilihat berjaya dan bersambung pada tahun-tahun berikutnya.

Untuk perlumbaan MotoGP mereka bakal mengharungi 22 pusingan secara kesuluruhannya dengan jarak kesuluruhan perlumbaan sejauh 118.4 kilometer.

Gran Premio Motul de la República Argentina, 6-8 April 2018

Litar Termas de Río Hondo berkedudukan 6 kilometer daripada bandar yang memberi nama kepada kejohanan ini, Province of Santiago del Estero. Di bina di atas tanah seluas 150 hektar, ianya mula dirasmikan pada 11 May 2008 ketika Kejohanan Argentina´s Touring Car Racing. Pada tahun 2012 litar ini dinaiktaraf dengan tujuan menjadikan ianya litar paling moden dan selamat di Amerika Selatan.

Litar sejauh 4.8 kilometer ini akan dilalui sebanyak 25 pusingan oleh pesaing MotoGP dengan jumlah jarak sejauh 120.2 kilometer. Mempunyai jalan lurus terpanjang berjarak 1076 meter serta 5 selekoh kanan dan 9 selekoh kiri. Litar ini mempunyai kelebaran sebesar 16 meter.

Red Bull Grand Prix of The Americas, 20-22 April 2018

Circuit Of The Americas dibina bertujuan untuk fasiliti Grand Prix di Amerika Syarikat berhampiran Austin Texas sengan jarak litar sejauh 5.513 kilometer dengan kapasiti penonton 120,000. Pembinaan diatas tanah seluas 1000 ekar ini siap pada tahun 2012 dan pertama kali digunakan untuk MotoGP pada tahun 2013.

Untuk saingan MotoGP, pelumba bakalu melalui 20 pusingan dengan jarak keseluruhan sejauh 110.3 kilometer. Mempunyai 20 selekoh dengan 9 daripadanya selekoh kanan dan 11 selekoh kiri dengan jarak jalan lurus terpanjang 1200 meter. Marc Marquez merupakan pemenang terbanyak dilitar ini dengan mencatat kemenangan sebanyak 5 kali.

Gran Premio Red Bull de España, 4-6 May 2018

Dibina pada tahun 1986, dan menjadi penganjur Grand Prix setahun selepas itu, Litat Jerez menjadi venue MotoGP paling popular berikutan bandar ini amat fanatik tentang sukan. Litar ini mampu menampung 250,000 penonton.

Litar sejauh 4.4 kilometer ini bakal dilalui sebanyak 25 pusingan dalam saingan MotoGP dengan jarak keseluruhan sejauh 110.6 kilometer.  5 selekoh kiri dan 8 selekoh kanan bakal dilalui dengan jarak jalan lurus terpanjang sejauh 607 meter sahaja. Rekod litar sepusingan dipegang oleh Jorge Lorenzo dengan catatan masa 1 minit 37.910 saat.

HJC Helmets Grand Prix de France, 18-20 May 2018

Di bina pada tahun 1965, Litar Lumba Le Mans Buggati Grand Prix terletak 5 kilometer di sebelah selatan bandar Le Mans dan 200 kilometer daripada barat laut Paris. Venue ini telah menganjurkan Grand Prix semenjak lewat 60an namun kemalangan serius Alberto Puig pada tahun 1965 menyaksikan litar ini digugurkan daripada kalendar MotoGP sehingga tahun 2000 selepas pembaikan ke atas aspek keselamatan.

Litar Le Mans sejauh 4.2 kilometer dan bakal dilalui sebanyak 27 pusingan dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 113 kilometer. Jarak jalan lurus terpanjang 673 meter dan mempunyai 5 selekoh kiri dan 9 selekoh kanan.

Jorge Lorenzo mempunyai masa sepusingan terbaik di litar ini dengan catatan masa 1 minit 31.975 saat dan beliau juga menjuarai perlumbaan dilitar ini sebanyak 5 kali. Selain MotoGP, litar ini juga menganjurkan pelumbaan trak 24 jam, Kejohanan FIA GP2 , French Touring Car dan GT Perlumbaan.

Gran Premio d’Italia Oakley, 1-3 Jun 2018

Terletak 30 kilometer di timur daya Florence di negeri yang indah, Tuscany. Litar Mugello merupakan litar moden yang mempunyai fasiliti terbaik. Di beli oleh Ferrari pada tahun 1988, litar sepanjang 5.245 kilometer ini telah diubah suai untuk menjadi litar yang berkelas tinggi dan menjadi salah satu litar yang terkini dan mempunyai litar yang paling selamat.

Untuk litar ini pelumba MotoGP bakal mengharungi 23 pusingan dengan jumlah jarak keseluruhan 120.6 kilometer. Litar ini mempunyai jarak jalan lurus antara yang terpanjang dengan jarak 1141 meter. 15 selekoh dengan 6 selekoh kiri dan 9 selekoh kanan termasuk selekoh tajam menjadikan litar ini antara yang paling mencabar.

Gran Premi Monster Energy de Catalunya, 15-17 Jun 2018

Pada tahun 189, kerjasama antara  Catalan Autonomous Government, Montmeló Town Council dan Royal Automobile Club of Catalunya (RACC), memulakan kerja-kerja di salah satu bandar paling cantik di Eropah. Litar de Catalunya dibuka di Barcelona pada September 1991 dan menganjurkan Grand Prix Formula 1 Sepanyol.

Dengan litar sepanjang 4.7 kilometer dan mempunyai 13 selekoh ianya dilihat sebagai litar yang mempunyai rekaan terbaik. Pelumba MotoGP bakal mengharungi 24 pusingan dengan jarak keseluruhan 113.4 kilometer. Valentino Rossi menjadi raja di litar ini selepas memperolehi 7 kemenangan di sini.

Motul TT Assen, 29 Jun – 1 Julai 2018

Litar Assen, Belanda adalah satu-satunya venue yang menganjurkan Kojohanan Motosikal Dunia setiap tahun semenjak kewujudannya pada 1949. Litar ini dibina untuk “Dutch TT” pada tahun 1955 yang mana sebelum itu kejohanan tersebut diadakan di jalan awam. Litar ini agak sempit dengan jarak penukaran arah yang pantas.

Dengan jarak sejauh 4.5 kilometer, pelumba MotoGP perlu menghabiskan 26 pusingan dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 118.1 kilometer. Walaubagaimanapun, jarak jalan lurus terpandang di litar ini hanyalah 487 meter dengan 6 selekoh kiri dan 12 selekoh kanan menjadikan ianya sebuah litar yang mencabar.

Catatan masa terbaik sepusingan dilakukan Valentino Rossi pada 2015 dengan catatan masa 1 minit 32.627 saat. Beliau juga telaah merangkul 3 kejuaaraan di litar ini.

GoPro Motorrad Grand Prix Deutschland, 13-15 Julai 2018

Litar Sachsenring menganjurkan MotoGP yang pertama pada tahun 1998 dan semenjak itu banyak penambahbaikan dilakukan  termasuk perubahan drastik kepada susun atur pada tahun 2001. Selekoh sempit yang banyak menjadikan litar ini salah satu litar yang mempunyai catatan masa sepusingan paling perlahan dalam kalendar MotoGP.

Marc Marquez menggunguli litar ini apabila telah mencatatkan 5 kemenangan dan masa terpantas sepusingan dicatatkan beliau pada tahun 2015 dengan masa 1 minit 20.336 saat. Jarak litar ini hanya 3.7 kilometer namun pelumba MotoGP perlu mengharungi 30 pusingan dengan jarak keseluruhan sejauh 110.1 kilometer.

Monster Energy Grand Prix Czech Republic, 3-5 Ogos 2018

Litar Brno ini dibina pada tahun 1980 dengan sasaran untuk menarik formula 1 ke negara itu dan pada tahun 1987 mereka menganjurkan FIM Czech Grand Prix. Litar ini popular kepada peminat dan pelumba kerana ianya dibina di tengah lembah  untuk memberi pandangan menarik untuk penonton.

Litar ini berkelebaran 15 meter dengan dengan jarak satu pusingan sejauh 5.4 kilometer. Mempunyai 6 selekoh kiri dan 8 selekoh kanan, jarak jalan lurus terpanjang adalah 636 meter. Pelumba MotoGP musim ini perlu menghabiskan 21 pusingan dengan jarak keseluruhan 113.5 kilometer.

Motorrad Grand Prix von Österreich, 10-12 Ogos 2018

Litar yang diberi nama “Red Bull Ring” ini terletak di Styria, Ausria. Litar ini pada mulanya dibina pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Österreichring. Pada tahun 1996 ianya dibina semula dengan susun atur litar yang dimiliki sekarang dan ianya dibuka semula 2011 sebagai “Red Bull Ring” dan menjadi pusat untuk sukan permotoran di Austria.

Litar ini mempunyai jarak sejauh 4.3 kilometer dan mempunyai 10 selekoh dengan jarak jalan lurus terpanjang sejauh 626 meter. Pelumba perlu mengharungi 29 pusingan dengan jarak keseluruhan 120.9 kilometer. Catatan masa terpantas sepusingan di pegang oleh Andrea Iannone dengan masa 1 minit 23.1422 saat.

Octo British Grand Prix, 24-26 Ogos 2018

Dengan sejarah lebih 60 tahun, Litar Silverstone telah menjadi venue yang paling berprestij untuk sukan permotoran. Diubah keseluruhannya beberapa tahun yang lalu, pelaburan jutaan pound itu siap pada 2010 dan fasa pertama banyak pembaharuan dilakukan.

Litar ini antara yang mempunyai jarak yang paling panjang dengan 5.9 kilometer dengan 18 selekoh termasuk 8 selekoh kiri dan 10 selekoh kanan. 20 pusingan sejauh 118 kilometer bakal ditempuhi oleh pelumba MotoGP. Jarrak jalan lurus terpanjang dalam litar ini adalah 770 meter.

Jorge Lorenzo menunjukkan penguasaan di litar ini apabila telah memenangi 3 kejuaraan. Walaubagaimanapun masa terpantas sepusingan di miliki Marc Marquez dengan catatan 1 minit 59.941 saat.

Gran Premio Tribul Mastercard di San Marino e della Riviera di Rimini, 7-9 September 2018

Litar Dunia Misano merupakan litar kedua yang terletak di Itali termasuk dalam kalaendar MotoGP selepas Litar Mugello. Ianya dibina pada tahun 1972 dan telah menjalani beberapa modifikasi. Menjadi litar utama sekitar 80an dan awal 90an, Litar Misano kembali dalam kalaendar MotoGP bermula 2007. Setelah menaiktaraf segala kemudahan, trek dan grandstand, Litar Misano mampu menmapung 60000 penonton.

Litar ini mempunyai jarak 4.2 kilometer dengan jarak jalan lurus terpanjang adalah 530 meter. Litar ini mempunyai 10 selekoh kanan dan 6 selekoh kiri menjadikan ia antara yang mencabar. Jorge Lorenzo memenangi 3 kejuaraan di litar ini dengan catatan masa terpantas pada tahun 2016 dengan masa 1 minit 31.868 saat.

Gran Premio Movistar de Aragón, 21-23 September 2018

Litar ini merupakan litar kedua dalam kalendar MotoGP yang terletak di Sepanyol selepas Litar Catalunya. Dengan sokongan daripada institusi tempatan, arkitek Jerman memulakan rekaadn untuk fasiliti ini.

Litar ini sejauh 5.077 kilimeter ini mempunyai 17 selekoh dengan 10 daripadanya merupakan selekoh kiri. Litar ini di puji oleh semua pelumba selepas Grand Prix pertama pada tahun 2010 dan ianya mendapat anugerah “IRTA Best Grand Prix of the Year” yang juga litar pertama mendapat anugerah ini pada tahun pertama penganjuran.

Pelumba MotoGP perlu mengharungi 23 pusingan dengan jumlah jarak 116.8 kilometer.

PTT Thailand Grand Prix, 5-7 Oktober 2018

Di Litar Antarabangsa Chang, Buriram inilah Hafizh Syahrin di uji sebelum terpilih menyertai Monster Yamaha Tech 3. Dengan kemajuan ditunjukkan beliau pada setiah hari, Hafizh Syahrin mampu mencatat masa 1 minit 31.537 saat dan berkedudukan tempat ke-22 daripada 24 pelumba.

Terletak di Timur Lut daripada ibu negara Thailand, Bangkok, Bandar Buriram bermaksud “bandar kegembiraan” dan ianya bercuaca panas dan terletak di Asia Tenggara. Litar ini boleh menampung 100,000 penonton dan memberikan sudut pemandangan yang menarik untuk penonton.

Litar berjarak 4.554 kilometer ini mengandungi 12 selekoh dan menyaksikan Kejohanan MOTUL FIM Superbike Dunia dilangsungkan semenjak 2015. Litar ini mempunyai jarak jalan lurus 1,000 meter dan pelumba MotoGP perlu menempuhi 26 pusingan dengan jumlah jarak 118.4 kilometer.

Motul Grand Prix of Japan, 19-21 Oktober 2018

Terletak di tempat yang cantik di utara daerah Kanto, litar ini dinamakan “Litar Twin Ring” di Motegi Jepun. Ianya terdiridaripada 1.5 batu bentuk bujur dan 2.9 batu jalan yang dibina mengikut piawaian antarabangsa. Dibina oleh Honda sebagai fasiliti ujian pada Ogos 1997, litar ini menjadi penganjur MotoGP pada tahun 2000.

Litar ini mempunyai jarak 4.8 kilometer dengan jarak jalan lurus terpanjang adalah 762 meter. Litar ini mempunyai 8 selekoh kanan dan 6 selekoh kiri. Pelumba MotoGP perlu melalui 24 pusingan sejauh 115.2 Kilometer. Dani Pedrosa memenangi 3 kejuaraan di litar ini dnamun catatan masa terpantas dilakukan Jorge Lorenzo pada tahun 2015 dengan masa 1 minit 343.790 saat.

Michelin Australian Motorcycle Grand Prix, 26-28 Oktober 2018

Litar MotoGP ini terletak di Philip Island, Australia. MotoGP mula dianjurkan dilitar ini pada tahun 1989 dan 1990 sebelum menjadi litar wajib semenjak tahun 1997.

Litar ini sejauh 4.4 kilometer dan bakal dilalui sebanyak 27 pusingan dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 120.1 kilometer. Jarak jalan lurus terpanjang 900 meter dan mempunyai 7 selekoh kiri dan 5 selekoh kanan.

Casey Stonner menunjukkan penguasaan di litar ini apabila telah memenangi 6 kejuaraan. Walaubagaimanapun masa terpantas sepusingan di miliki Jorge Lorenzo dengan catatan 1 minit 27.899 saat.

Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix, 2-4 November 2018

Litar kebanggana rakyat Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang dibina untuk perlubaan yang laju dan mengujakan. Ianya juga merupakan antara litar terbaik di dunia. Kompleks berkeluasan 2,300 ekar ini juga mengandungi hotel, pusat membeli belah dan kemudahan sukan yang lain. Mula menganjurkan Grand Prix bermula tahun 1999 dan melettakkan standard untuk litar lumba seluruh dunia.

Litar ini antara yang mempunyai jarak yang paling panjang dengan 5.5 kilometer dengan 15 selekoh termasuk 5 selekoh kiri dan 10 selekoh kanan. 20 pusingan sejauh 110.9 kilometer bakal ditempuhi oleh pelumba MotoGP. Jarak jalan lurus terpanjang dalam litar ini adalah 920 meter.

Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana, 16-18 November 2018

Penutup saingan MotoGP 2018 ditutup di Litar Valencia. Litar ini merupakan litar ketiga yang terletak di Sepanyol selepas Litar Catalunya dan Aragon. Litar Cicardo Tormo ini siap dibina pada tahun 1999 dan menganjurkan MotoGP dan Kejohanan Motorsikal Sepanyol pada tahun yang sama.

MotoGP akan berlangsung diatas trek sejauh 4 kilometer yang mengandungi 5 selekoh kanan dan 8 selekoh kiri dengan jarak jalan lurus sejauh 876 meter.Walaupun litar ini dilihat sedikit kecil, kompleks pit nya mengandungi 48 garaj dan menampung 150,000 tempat duduk.

Pelumba MotoGP bakal mengharungi 27 pusingan sejauh 108.71 kilometer dlama saingan penutup ini.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments