Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKHujan Lebat Tangguhkan Perlawanan JDT vs Kuala Lumpur

Hujan Lebat Tangguhkan Perlawanan JDT vs Kuala Lumpur

Berikutan keadaan hujan lebat dan padang yang diluputi air, perlawanan antara JDT dan Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan selepas ianya diberhentikan pada minit ke-57 oleh pengadil perlawanan. Baki perlawanan bakal disambung pada hari Ahad jam 5.00 petang dengan Kuala Lumpur mendahului JDT 1-0.

Perlawanan ketiga Liga Super mempertemukan pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur dengan juara empat musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Kuala Lumpur,  Cheras.

Kuala Lumpur masih lagi mencari-cari kemenangan pertama setelah tewas dalam dua perlawanan pembukaan kepada Selangor dan Negeri Sembilan manakala JDT mencari kemenangan ketiga mereka setelah cemerlang dalam dua perlawanan terawal.

Kedua-dua jurulatih, Ulisess Morais dan Fabio Joacim Maciel Da Silva merencanakan formasi 4-3-3 buat pasukan masing-masing.

Separuh Masa Pertama

JDT melakukan serangan awal menerusi gerakan dari sebelah kiri oleh Jorge Pereyra Diaz namun hantaran kebelakangnya gagal disudahkan Safiq Rahim.

Kuala Lumpur yang bertindak balas berjaya melakukan serangan balas menerusi penyerang sensasi mereka, Guilherme De Paula namun rembatan beliau sekadar menggegar jaring sebelah kiri JDT.

Jorge Pereyra Diaz mempunyai peluang terbaik untuk melakukan jaringan pada minit ke-7 selepas menerima lorongan daripada Luciano Fiueroa namun percubaan Diaz berjaya dihadang pertahanan Kuala Lumpur.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

JDT berjaya melakukan serangan bertali arus namun masih gagal menermui gawang pasukan Kuala Lumpur. Serangan JDT banyak tertumpu di sebelah kiri menerusi hantaran-hantaran lintang Corbin Ong.

Kuala Lumpur berjaya melakukan percubaan pada minit ke-16 selepas Paulo Josue yang menerima hantaran jauh daripada Guilherme De Paula namun percubaan Paulo Josue tersebut berjaya ditangkap Haziq Nadzli.

JDT sekali lagi berjaya melakukan gerakan yang menarik hasil pertukaran hantaran Diaz dan Safiq Rahim namun percubaan Natxo lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Kamarul Affendi pada minit ke-21.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Dalam keghairahan JDT melakukan serangan, Kuala Lumpur berjaya sekali sekala mampu melakukan serangan. Peluang keemasan buat Kuala Lumpur hadir pada mnit ke-27 setelah Guilherme De Paula menerima hantaran tinggi rakannya dan melepasi kawalan Corbin Ong, namun percubaan Guilherme tepat ke dakapan Haziq Nadzli.

Jorge Pereyra Diaz sekali lagi mempunyai peluang terbaik pada minit ke-30 setelah berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum rembatan Diaz itu berjaya diselamatkan Kamarul Affendi.

JDT terpaksa melakukan pertukaran pemain apabila Marcos Antonio mengalami kecederaan dan digantikan dengan pemain muda negara, Adam Nor Azlin pada minit ke-39.

Corbin Ong sekali lagi berjaya melakukan hantaran lintang pada minit ke-45, Kamarul Affendi sekali lagi cemerlang menyelamatkan percubaan Gonzalo Cabrrera.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Kredit imej: Kuala Lumpur Hawks

Dalam JDT menguasai permainan, Kuala Lumpur terlebih dahulu dihadapan pada tambahan 2 minit masa kecederaan yang diberikan pengadil perlawanan. melalui Paulo Josue yang melepasi perangkap offside selepas menerima hantaran Junior Aparecido dan merembat dan berjaya menewaskan Haziq Nadzli.

Separuh Masa Kedua

Perlawanan pada separuh masa kedua dimulakan dalam keadaan hujan lebat mula membasahi Stadium Kuala Lumur, Cheras. Permainan kedua-dua pasukan sedikit terbatas dalam keadaan padang basah.

JDT terus mennggandakan serangan namun masih gagal mencari gol pernyamaan dalam 10 minit separuh masa kedua. Luciano Figueroa memperolehi peluang pada minit ke-54, namun tandukan beliau susulan sepakan penjuru Safiq Rahim berjaya diselamatkan Kamarul Affendi.

Image may contain: 1 person, smiling, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Keadaan hujan lebat dan padang yang berlopak memaksa pengadil memberhentikan perlawanan pada minit ke-57 untuk memberi masa untuk hujan sedikit reda. Walaubagaimanapun selepas perlawanan tertangguh kira-kira 20 minit pegawai perlawanan mengumumkan bahawa baki perlawanan 33 minit perlawanan bakal disambung pada hari Ahad jam 5.00 petang berikutan keadaan padang yang tidak mengizinkan.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments