Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITA SEMASADuo Import Indonesia Menjadi Pertaruhan Selangor

Duo Import Indonesia Menjadi Pertaruhan Selangor

Ilham dan Evan bersama Red Giant

Dalam kemeriahan jendela pemindahan Liga Super Malaysia penulis tertarik dengan dua watak ayam tambatan dari pasukan Kebangsaan Indonesia iaitu Ilham Udin Armaiyn dan juga Evan Dimas Darmono.
Kisah mereka menjadi hangat apabila pihak Persatuan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) tidak mahu melepaskan mereka untuk menyertai Pasukan Selangor.

Kemelut akhirnya dapat diatasi oleh Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden PSSI, Edy Rahmayad. PSSI bersetuju melepaskan kedua tonggak mereka untuk menyertai Pasukan Selangor (The Red Giant).

Edy menegaskan pihaknya tidak ada masalah melepaskan dua skuad kebanggaan Indonesia yang sebelumnya bermain dengan Bhayangkara FC itu untuk memperkuat Selangor selepas FAS setuju dengan syarat yang ditetapkan badan induk bola sepak Indonesia tersebut.

“Kami setuju mengikuti arahan dari Presiden PSSI berhubung penyesuaian jadual dan waktu pemusatan latihan tim Indonesia terutama skuad dibawah usia 23 (B-23) untuk persiapan menghadapi Asian Games 2018 di Jakarta dan Palembang, Agustus mendatang,” katanya.

Ilham Udin Armayin penentu Indonesia juara AFF U-19 Championship setelah mengalahkan Vietnam melalui adu penalti di Stadion Delta Sidoarjo, 22/09.13. Farid Fandi/Jawa Pos

Bagi Ilham beliau sangat bersedia untuk berbakti kepada majikan baru beliau iaitu Pasukan Selangor dan beliau juga berikrar akan memberikan sepenuh komitmen dan tidak akan simpan sedikit pun kelebihan yang beliau miliki untuk Pasukan Selangor.

Evan juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Selangor dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik untuk pasukan ini bagi mengharung Liga super yang bakal bermula pada Februari ini.

Kedua-dua mereka mengatakan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk serasi bersama kerana mereka berdua sendiri telah bermain sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka hanya perlukan sedikit masa untuk serasi dengan pemaian pasukan Selangor yang lain.

Ilham melabel dirinya beruntung dengan kehadiran rakan senegaranya, Evan Dimas, yang sememangnya sudah digandingkan bersama sejak lima tahun lalu dan dari segi keserasian, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Namun kedua-dua mereka akan pulang ke Indonesia pada Khamis depan bagi memenuhi tuntutan perlawanan antarabangsa diantara Pasukan Indonesia menentang Pasukan Iceland.

Semoga kehadiran Ilham dan Evan akan mengembalikan taring pasukan The Red Giant untuk memberi saingan yang sengit untuk merebut kejuaraan Liga Super Malaysia dan juga untuk merebut trofi trofi yang lain. Selamat Maju Jaya kami doakan untuk anda berdua.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments