Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKChelsea VS Arsenal: Berakhir dengan keputusan seri

Chelsea VS Arsenal: Berakhir dengan keputusan seri

Seri dan masih seri .

Satu lagi perlawanan tumpuan dari Chelsea dan Arsenal awal pagi tadi untuk aksi separuh akhir 1 piala Carabao dengan menyaksi kedua-duanya berakhir tanpa jaringan.

Separuh masa pertama menyaksikan Hector Bellerin membuka ruang dengan hantaran rendah dari sebelah kanan tetapi di pintas baik oleh Cesar Azpilicueta minit ke-14.

Arsenal terus-menerus membuat serangan dari bahagian sayap dengan Jack Wilshere menghasilkan satu hantaran lambung cantik menemui Alexandre Lacazette tetapi penyudahan agak hampa pada minit ke-23.

Kesilapan yang dilakukan oleh Ainsley Maitland-Niles memberi peluang untuk Moses mengorak langkah dari sebelah kanan sebelum membuat percubaan jarak jauh tepat ke arah penjaga gol Arsenal.

Ospina hanya menepis bola padu dari Moses membuatkan gawang gol Arsenal agak goyah apabila bola yang ditepis hampir diterima oleh Morata.

Akan tetapi Ospina berjaya mengawal keadaan dengan baik apabila meluru mengapai bola sebelum Morata melepaskan tendangan.

Sebelum jam memasuki minit ke-30, Maitland-Niles lagi sekali membenarkan Moses membuat larian di tepi garisan sebelum sekali lagi membuat percubaan kaki kiri yang akhirnya terkena tiang.

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama di tiup, Chelsea meneruskan serangan apabila Azpilicueta membuat hantaran jauh memasuki kotak ke arah Cesc Fabregas sebelum dia melepaskan tandukan terus ke arah penjaga gol Arsenal, Ospina.

Selang beberapa minit, N’golo Kante membuat hantaran lintang terus kearah Marcos Alonso yang kemudiannya membuat hantaran kebelakangun untuk Cristensen. Percubaan jarak jauh yang kemudiannya wisel penamat separuh masa pertama ditiup.

Separuh masa kedua bermula dengan Chelsea mengatur langkah dengan Moses membuat percubaan tetapi terkena Rob Holding seterusnya menghadiahkan sepakan penjuru masa kedua pertama buat Chelsea.

Fabregas mengambil sepakan penjuru yang kemudiannya menemui Kante di bahagian kiri sebelum melakukan percubaan tetapi terkena rakan seperjuangannya sendiri, Alonso pada minit ke-50.

Alonso kemudiannya membuat hantaran lambung ke-tengah sebelum di tanduk ke belakang oleh Moses. Cristensen yang berada di dalam kotak penalti akhirnya menanduk bola itu tinggi melepasi palang gol.

Terdapat beberapa percubaan yang menarik berlaku di separuh masa kedua sebelum mereka bergelut untuk mendapatkan posisi.

Permainan agak suram sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

Perlawanan separuh akhir 2 adalah pada 25 januari 2018 pada waktu yang sama di Emirates Stadium.

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments