Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKBagaimana Itali Terlepas Dari Layak Ke Piala Dunia 2018

Bagaimana Itali Terlepas Dari Layak Ke Piala Dunia 2018

Mungkin ini yang telah ditakdirkan untuk Itali. Terkeluar awal dari peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2010 dan 2014 secara beturut dan seorang ketua jurulatih yang hanya mempunyai pencapaian terbaik dengan membawa pasukan naik dari Serie C pada 1996 telah memberikan petanda yang sangat tidak baik untuk Itali ketika ini.

Tetapi untuk Piala Dunia tanpa Itali, Juara empat kali dan menjadi naib juara sebanyak dua kali sepanjang menyertai kejohanan itu pasti menjengkelkan. Kita pasti memerlukan beberapa minggu atau bulan untuk menerima hakikat ini.

Bagi kami sendiri Itali dengan Piala Dunia tidak akan lengkap seperti makan tanpa minum dalam kehidupan seharian. Jadi kami cuba senaraikan beberapa faktor yang mungkin jadi penyebab mengapa Itali gagal kali ini.

Italy’s players pose prior to the FIFA World Cup 2018 qualification football match between Albania and Italy at Loro Borici Stadium in Shkoder on October 9, 2017. / AFP PHOTO / Dimitar DILKOFF

Formasi Dan Strategi Permainan

Umum mengetahui Itali sangat terkenal dengan taktikal bertahan nya dengan pemain pertahanan yang berkualiti.

Tiga pemain ini iaitu Chiellini, Bonucci dan Barzagli digelar tembok Turin dari zaman mereka bersama di Juventus.

Asas baik telah dibentuk oleh Antonio Conte sebelum meninggalkan pasukan Itali untuk bersama Chelsea.

Disebabkan itu Italian Football Federation telah memilih Gian Piero Ventura untuk menggantikan Antonio Conte kerana Ventura memang dikenali sangat mempercayai dengan taktikal 3-5-2 beliau.

Bagi kami adalah tidak berpatutan untuk beliau kekal dengan 3-5-2 kerana rangkaian serangan bertiga pasukan teratas di Serie A sedang berada di kemuncak prestasi.

Lorinzo Insigne, Stephan El Shaarawy dan Fernando Bernadeschi sangat efektif dengan serangan bertiga musim in.

Penyokong Itali sekali pun telah mendesak Ventura untuk bermain 4-3-3 atau 3-4-3. Jadi bagi kami kesilapan taktikal dan strategi ini juga salah 1 punca yang menyebabkan kekalahan mereka.

Pemilihan Pemain Pasukan

Berdasarkan pemilihan pemain kali ini kami merasakan Ventura sendiri hampir tidak pasti apa yang ingin beliau lakukan.

Masih memilih untuk memainkan pemain yang sudah berumur berbanding pemain lain yang lebih baik permainan nya.

Kami agak skeptikal bila taktikal beliau banyak menggunakan hantaran lintang tetapi tiada “target man” di dalam pasukan.

Eder, Immobile, Gabbiadini dan Belotti bagi kami bukan lah pemain penyerang yang baik untuk menyambut hantaran lintang tinggi itu.

Simone Zaza dan Mario Balotelli sepatutnya lebih diperlukan atau pun boleh saja panggil kembali Graziano Pelle untuk bermain.

Penyerang yang di panggil bukan jenis pemain yang boleh merebut bola tinggi dari hantaran lintang.

Ego Dan Bongkak Ventura Sebagai Jurulatih

Sebagai seorang jurulatih yang berprofil tinggi dan menjawat jawatan yang agak panas di dalam salah satu pasukan terbaik dunia sudah pasti beliau mempunyai ego tinggi.

Tetapi nampak nya ego beliau memakan diri kali ini dan menyebabkan salah 1 pasukan terbaik dunia terkeluar dari saingan Piala Dunia tahun hadapan.

Beliau telah pun memohon maaf kerana gagal membawa pasukan Itali tetapi mungkin itu tidak cukup untuk peminat bola sepak Itali.

Beliau juga tidak mahu meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih di sana dan bersedia bertanggungjawab sepenuh nya di atas kekalahan ini.

Kesimpulan

Itali harus bermula dengan pemain generasi baru pula untuk membentuk pasukan yang lebih baik di masa akan datang.

Jurulatih pula harus tahu bagaimana untuk menggunakan kelebihan pada setiap pemain yang dipilih oleh mereka.

Kita boleh melihat bagaimana Maurizio Sarri membawa pasukan Napoli pada musim ini dengan memaksimum kan kemampuan pemain dan menggunakan taktikal yang bersesuaian.

Jom kita lihat sorotan perlawanan pagi tadi :

Baca juga : Italy Gagal ke Piala Dunia Pertama Kali Dalam Tempoh 60 Tahun

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments