Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKAubameyang ke Arsenal FC

Aubameyang ke Arsenal FC

Sekali lagi Arsenal FC mengejutkan dengan permindahan di pertengahan musim. Selapas pemain nombor 11, Henrikh Mkhitaryan. Arsenal sekali lagi menandatangani pemain 28 tahun dari Borrusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang.

 Photo by: The Guardian

Pemain kedua yang ditandatangani Arsenal pada bulan Januari ini merupakan penyerang bertaraf tinggi. Dia menjaringkan 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga untuk Dortmund dan membantu dalam 172 gol dalam setiap perlawanannya bersama bekas kelabnya.

 

.Pemain kelahiran Perancis ini hanya sekali bermain untuk skuad bawah 23 Perancis sebelum menjadi kapten dan memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya, Gabon. Dia juga menjadi rakyat pertama Gabon untuk mendapat ‘African Footballer of The Year 2015’ seawal umur 25 tahun.

 

Photo by: daily mirror

Pemain yang mempunyai kepantasan dan juga pernah digelar pemain terpantas Bundesliga oleh rakyat Gabon. Hal ini kerana Auba pernah membuat ‘sprint test’ dan mendapat 3.7 saat dalam 30 meter.

 

Photo by: Arsenal.com

Pemain ini mendapat ‘rating’ terbaru untuk permainan video Fifa18 iaitu 88. Dengan berbekalkan kelajuan bertaraf 96 dan hasil tendangan bertaraf 8. Dia hampir melepasi Hazard serta Sanchez. Auba menjadi pemain yang digilai ramai di Fifa18 kerana harganya 145,000 amat berbaloi apabila dibandingkan dengan kelajuannya serta jauh lebih murah dari pemain seperti Hazard dan Sanchez.

 

Auba dikatakan akan cepat menyesuaikan diri bermain untuk Arsenal kerana keupayaannya untuk bermain di semua bahagian penyerang. Dengan berbekalkan seorang kawan-baiknya yang juga pernah bermain bersama semasa di Borussia Dortmund, Mkhi.


Photo by: Metro getty.images

“Dia mempunyai cabaran yang lebih besar dan dia sudah sedia untuk menghadapi Liga Premier dan sememangnya, kehadiran dia adalah berita baik buat semua”

 

Kata-kata itu dipetik oleh Arsene Wenger semasa laman sesawang Arsenal FC secara tidak sengaja tersalah letak video selepas kekalahan 3-1 di tangan Swansea. Video yang berdurasi 40 saat dan bertajuk ‘Arsenal Player’ itu sepatutnya dimasukkan beberapa hari selepas perlawanan.

 

Perjanjian ini tertakluk kepada penyelesaian proses pengawalseliaan dan nombor skuad Auba telah disahkan memegang jersi bernombor 14. Menanti pemain yang menandatangani yuran rekod kelab Arsenal, £56 juta. Sebagai tambahan, Mesut Ozil telah menandatangani lanjutan kontrak bersama Arsenal selama 3 tahun setengah. Olivier Giroud juga dikatakan akan pergi ke Chelsea hasil dari permindahan Auba ini

Photo by: Dailymail

sumber dari https://www.arsenal.com/news/pierre-emerick-aubameyang-signs
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments