Tuesday, June 25, 2024
HomeBOLA SEPAKAnugerah Tahunan AFC 2017: Senarai Pemenang Kategori Individu

Anugerah Tahunan AFC 2017: Senarai Pemenang Kategori Individu

Semalam berlangsungnya Anugerah Tahunan AFC 2017 (AFC Annual Awards 2017) yang dilangsungkan di Bangkok, Thailand. Sebanyak 16 anugerah dipertandingkan dan 12 daripadanya disampaikan malam tadi.

Berikut adalah senarai pemenang “AFC Annual Awards 2017”

Pemain Terbaik AFC Tahun 2017

Lelaki – Omar Khrbin

Omar Khribin

Pemain Kebangsaan Syria telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik AFC Tahun 2017 atas pencapaian cemerlangnya bersama kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan persembahan cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Pemain berusia 23 tahun ini memulakan kariernya bersama kelab Syria, Al-Wahda sebelum dipinjamlan ke beberapa kelab Air Force Club dan Al Mina’a SC dan akhirnya berkhidmat bersama kelab dari Emriyiah Arab Bersatu, Al Dhafra selama setahun pada tahun 2016. Menyertai Al-Hilal pada 2017 menjadi titik tolak permainanan baik beliau sehingga di angkat sebagai Pemain Terbaik Tahunan Asia.

Wanita – Samantha Kerr

Samantha Kerr

Samantha Kerr menjadi  pemain ketiga dari Australia yang memenangi anugerah ini dalam masa 4 tahun. Beliau mengetepikan cabaran ketua pasukan Jepun Saki Kumagai dan pemain Korea Utara, Sung Hyang-sim untuk memenangi anugerah ini buat kali pertama.

9 gol antarabangsa termasuk hatrik ketika menentang Jepun dan 2 gol ketika menentang Brazil dan China menyerlahkan persembahan menarik Kerr pada tahun 2017. Apa yang menarik adalah beliau mempamerkan konsitensi setelah menjaringkan 34 gol untuk pasukan kelab dan negaranya.

Pemain Terbaik Antarabangsa AFC Tahun 2017

Son Heung Min

Pemain Korea Selatan dan Tottenham Hotspurs, Son Heung-Min telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Antarabangsa AFC Tahun 2017 selepas mempersembahkan permainan cemerlang untuk kedua-dua pasukan negara dan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Son menjaringkan 21 gol dalam semua perlawanan buat Spurs termasuk hatrik ketika menang menentang Milwall dalam perlawanan suku akhir Piala FA untuk menjadi penjaring terbanyak dari Korea Selatan yang menjaringkan gol di Eropah dalam satu ,usim.

Pemain Remaja Terbaik AFC Tahun 2017

Lelaki- Lee Seungwoo

Lee Seung woo

Pemain Korea Selatan yang bermain untuk kelab Hellas Verona telah dianugerahkan Pemain Remaja Terbaik AFC Tahun 2017 berikutan menampilkan persembahan luar biasa buat kelab dan negaranya.

Pemain berusia 19 tahun ini memainkan watak utama dalam membantu pasukan muda Korea Selatan layak ke pusingan 16 pasukan Piala Dunia FIFA U-20 2017 di Korea setelah menjaringkan 2 gol. Pemain sayap berbakat ini pernah menjaringkan 13 gol dalam 18 penampilan untuk pasukan bawah 17 tahun kebangssannya dan menjaringkan 7 gol dalam 16 penampilan bersama pasukan bawah 20 tahun negara.

Wanita – Sung Hyang Sim

Sung Hyang Sim

Sung Hyang Sim dinamakan sebagai Pemain Remaja Terbaik AFC Tahun 2017 selepas menunjukkan persembahan memberangsangkan dalam Kejuaraan AFC B-19 (Wanita) dan Kelayakan Piala Asia AFC Jordan 2018 (Wanita).

Pemain berusia 18 tahun ini telah menunjukkan peningkatan pada setiap pertandingan yang disertai pada tahun 2017 dan berjaya menjadi pemain wanita kebangsaan pada usia yang begitu muda untuk  Kelayakan Piala Asia AFC Jordan 2018 (Wanita).

Jurulatih Terbaik AFC Tahun 2017

Lelaki – Takafumi Hori

Takafumi Hori

Pengendali Urawa Red Diamonds yang menjadi juara Liga Juara-Juara AFC, di anugerahkan Anugerah Jurulatih Terbaik AFC Tahun 2017 menetepikan cabaran Ange Postecoglou dan Ishii Masatada.

Takafumi yang berusia 50 tahun pada September lalu merupakan jurlatih Urawa Reds semenjak 2013 dan dibawah kendaliannya Urawa Reds munjulang trofi Liga Juara-Juara setelah menundukkan Al-Hilal 2-1 secara aggregat untuk kejuaran kali kedua benua itu.

Wanita – Asako Takakura

Asako Takakura

Asako Takakura mencatat sejarah apabila dianugerahkan Jurulatih Wanita Terbaik AFC buat kali kelima. Beliau yang pernah memenangin anugerah tersebut pada tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015 menjadi tajuk utama apabila menjadi jurulatih wanita pertama untuk skuad kebangsaan Jepun bagi menngantikan Norio Sasaki.

Anugerah Pemain Futsal Terbaik AFC Tahun 2017

Aliasghar Hasanzadeh

Pemain dari Iran ini dinobatkan sebagai Pemain Futsal Terbaik AFC Tahun 2017 untuk kali ketiga dan mengetepikan cabarab Touhid Lotfi dan Jirawat Sornwichian. Beliau yang berusia 30 tahun pernah memenangi anugerah tersebut pada 2014 dan 2016.

Hasanzadeh telah mencatatkan kejayaan bersamam kelab dan negaranya semenjak Kejihanan Futsal AFC 2007 sehingga yang terkini Kelayakan Zon Tengah dan Selatan bagi Kejohanan Futsal AFC 2018. Pada tahun ini, perancang utama pasukan Iran ini telah menjaringkan 2 goldalam kejohanan Futsal Kelab AFC peringkat kumpulan sebelum menjaringkan gol penting pada perlawanan akhir menentang kelab Thailand, Bluewave Chonburi. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut.

Baca juga: Urawa Red Diamonds Dinobatkan Juara AFC Champion League (ACL) 2017

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments